Anwar dibidas
Oleh SAHBULAH DARWIpengarang@utusan.com.my
Oleh SAHBULAH DARWIpengarang@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 2 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana terus memperalatkan rakyat mengadakan perhimpunan haram supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehingga menjejaskan sektor ekonomi dan pelancongan negara.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, demonstrasi tersebut merugikan negara kerana ia memberi imej negatif dan menghalang kemasukan pelabur dan pelancong asing.
"Taktik Anwar bukan baru kerana telah digunakan sejak zaman dia jadi pelajar dulu.
"Saya juga pernah terlibat dalam demonstrasi masa belajar di universiti dan dia (Anwar) kata orang Baling (Kedah) mati kelaparan pada hal mana ada orang mati kelaparan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di sini hari ini.
Ahmad Husni mendedahkan, mereka yang terlibat dan menganjurkan demonstrasi juga adalah golongan yang sama termasuk di Bukit Gantang, Perak tidak lama dulu.
Menurutnya, ia adalah perbuatan sia-sia kerana mereka yang terlibat ditipu oleh pembangkang sedangkan kerajaan sebenarnya sedang mengkaji akta berkenaan.
Dari sudut ekonomi, katanya, demonstrasi itu menjejaskan kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) kerana menimbulkan persepsi negatif di kalangan pelabur terhadap kestabilan politik.
"Demonstrasi ini disiarkan dalam CNN, al-Jazeera dan sebagainya hingga orang asing menganggap negara kita mempunyai risiko politik yang tinggi.
"Untuk pelabur datang melabur, perkara pertama dilihat ialah kestabilan politik, kalau ada kestabilan barulah mereka mengkaji mengenai risiko perniagaan dan kewangan," katanya.
Ahmad Husni berkata, para pelancong juga menjadi takut untuk ke negara ini disebabkan demonstrasi itu hingga menjejaskan perdagangan barangan dan perkhidmatan yang menjadi penyumbang besar dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK).
komen penulis,
Nak membuat satu negara elok dan membangun mengambil masa bertahun - tahun untuk menjadi kenyataan TETAPI untuk meruntuhkan dan merosakkan hanya beberapa jam saja, cukup sekadar cucuk sana sini dan pilih hari dan tempat berkumpul ramai - ramai, lagi baik pilih tempat yang strategik, tempat tumpuan umum biar ramai yang nampak kerja kita, panggil media dalam negeri dan luar negara untuk buat liputan, jerit sana sikit malah jeritnya "HIDUP ANWAR!!!" pun tak kena dengan tujuan sebenar rusuhan, sudah cukup!!! PELABUR, PELANCONG DAN MATA DI SELURUH DUNIA melihat dan mengandaikan Malaysia negara yang tak stabil politik nya dan tak selamat untuk dilawati seperti yang dijelaskan oleh YB DS Hj Ahmad Husni di Pulai Johor semalam, orang yang bertanggungjawab bersama DS Najib untuk bangunkan semula ekonomi negara.
Semua ini dipandang mudah oleh puak - puak haram jadah yang di ketuai oleh ANWar dan sekutu hapraknya PAih dan DAP, memang mudah kerana mereka juga yang menikmati kesemua hasil nikmat yang di usaha oleh Kerajaan salama ini, kerana tiada setitik peluh pun sumbangan yang mereka berikan untuk membantu kerajaan, apa nak di hairan oleh mereka. Gagal nya nanti ekonomi negara dipulihkan senang aje.., tunding jari pada kerajaan , salah kan BN dan kerajaan, mudah kerja puak - puak haram jadah ini.
Rakyat dan negara akan menerima musibah ini, maka AN War dan sekutu nya harus DIPERSALAHKAN diatas apa yang telah mereka lakukan terhadap negara dan rakyat, kerana apabila ekonomi gagal dipulihkan maka rakyat juga yang akan merana dan negara juga yang akan miskin. bukan kecil dan bukan perkara mainan jika melibatkan ekonomi negara yang berkait rapat dengan sumbangan besar dari pelabur dari negara asing untuk melabur berbillion - billion dollar kerana faktor utama keputusan mereka mengambil kira kestabilan politik dan pergaduhan serta rusuhan haram.
As'kum, pembangkang2 di negara kita tak profesional, jika nak bangkang pun bangkang lah didalam parlimen, itu tempat yang tepat.
BalasPadamJangan diganggu urusan kerajaan tambahan dalam keadaan kita nak berdepan dengan krisis ekonomi... dan jangan kita memainkan sentimen yang sensitif hingga negara dipandang buruk oleh negara luar hingga menjejaskan pelaburan dan sebagainya, ini melibatkan juga periuk nasi rakyat akhirnya jika negara merudum.
Sedangkang pembangkang sendiri hidup senang lenang, aman damai, sejahtera, anak cucu hidup senang semuanya atas apa yang kita ada dan terbukti atas kerja kerajaan BN.