Selasa, 1 September 2009

2 KHALID DAN RODZIAH PENGASAS KUIL!!!

kuil seksyen 19

Perkasa perjelas simbolik protes Khalid

Oleh Khairunnisa Kamarudin bhnews@bharian.com.my

Penduduk tidak berniat perkauman, kesal bantahan bina kuil tidak dilayan KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menjelaskan bantahan dengan meletakkan lambang berkaitan agama di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, Jumaat lalu tidak bersifat perkauman sebaliknya satu simbolik yang ditujukan kepada kerajaan negeri. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata pihaknya sudah melakukan tinjauan dengan menemuramah beberapa penduduk dan mendapati mereka terdiri daripada pelbagai kaum serta tidak mendapat hasutan mana-mana pihak. Katanya, penduduk tidak berniat menghina mana-mana kaum terutama penganut Hindu dengan menggunakan lambang berkaitan agama itu, tetapi adalah sebagai simbolik menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya kerajaan negeri yang 'bodoh' seperti haiwan itu dan mudah dicucuk hidung.

berita penuh di pautan beritaharian online 1.9.09

komen penulis,

Sebagai pemimpin kejujuran dan keikhlasan perlu ada pada setiap individu yang ingin menjadi pemimpin kepada rakyat, apabila kita hipokrit akhirnya hipokrit itu lah yang akan tersembol tanpa dapat kita sorok dan lakonkan, di Selangor cukup ramai pemimpin nya hipokrit dalam membela rakyat, cukup ramai pemimpin Pakatan pembangkang di Selangor bersikap talam beribu muka untuk terus mendapat sokongan maka rakyat di tipu, konon siapa akan tahu keputusan dalam mesyuarat dikalangan exco dan WR, walhal dunia terbuka semua keputusan yang kita putuskan akhirnya diketahui umum, itu lah yang berlaku keatas Khalid Ibrahim, Xavier, Khalid Samad, Rodziah dan seorang WR lagi yang cuba menipu penduduk seksyen 23.

Akhirnya mereka cuba mengalih isu sebenar seperti biasa mengaitkan UMNO dan Polis didalam kancah yang mereka lakukan sendiri, umpama penduduk di seksyen 23 bodoh dan tengging mereka lakukan. bagi pemimpin gangster ini tiada ruginya jika isu perkauman dimainkan malah jika berlaku pergaduhan kaum maka jalan keluar sudah sedia diatur iaitu seperti biasa UMNO dan Polis akan ditunding, berbanding Kerajaan Persekutuan yang jujur dalam menyelesaikan setiap isu kerana membina perpaduan amat perit berbanding untuk meruntuhkannya.

Masing - masing cuba mencari jalan keluar, apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan untuk memburukkan orang lain, cari jalan untuk mengalih perhatian terhadap isu tersebut, kerana bagi mereka undi India amat penting berbanding undi melayu yang tentunya telah pecah kepada 3 dikalangan UMNO, PAS dan PKR, tetapi undi India lebih perlu dan penting.

Persoalan yang perlu kita jawab bersama, adakah mereka pemimpin rakyat?, adakah mereka jujur dan ikhlas dalam membela rakyat?, adakah mereka benar - benar ingin menyelesaikan masalah, kerana sekiranya ingin benar menyelesaikan masalah kenapa mesti pertahan kan keputusan pembinaan kuil di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam di Seksyen 23.

Kerajaan BN Selangor sebelum ini tumbang salah satu isu yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang adalah Khir Toyo meroboh kuil haram atas perintah Mahkamah untuk memberi laluan kepada pembangunan. adilkah Kerajaan BN yang di tolak? dan apakah isu melibatkan kuil juga maka rakyat patut dan wajib rakyat menolak Kerajaan Pakatan pembangkang pula agar tidak double standard.

Demostrasi protes yang dilakukan oleh penduduk dan NGO Seksyen 23 adalah modul yang digunapakai oleh ANWar dan Pakatan Pembangkang, maka modul itu lah yang dilakukan penduduk tersebut seperti slogan Tun Mahathir "Kepimpinan Melalui Teladan".

Akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa diatas politik hipokrit yang dibawa oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah, seperti kata pujangga lama "nak lari dari mulut buaya masuk pulak kedalam mulut naga".

fikir-fikirkan lah.

11 ulasan:

  1. Salam,

    Apalagi nak kata pada mereka, mereka ini sudah tepu mulut dan kocek dengan duit haram sumbangan konsi-kongsi gelap.....

    BalasPadam
  2. SALAM BRO DDINBUNGA..

    LAMA KAWAN TAK BERKUNJUNG..

    BUKAN APA..CUMA SIBOK SIKIT..

    LAGI PUN LINE TERNET KURENG LAJU..BENGGANG AJE

    POSTING NI POSTING YG BAGUS..MANTAP..POWERRRRR..

    KEEP IT UP BRO..

    BalasPadam
  3. salam tuan ddinbunga

    itulah jadinya bila poket diutamakan

    BalasPadam
  4. Brahim Ali tengah bodek Najib nak masuk UMNO smula... Dapat masuk dapat masyuk...

    BalasPadam
  5. Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.

    Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Sepatutnya potong kapala "kuda perang" letak di pintu masuk "race course" (lumba kuda) milik pan malaysia pool (1+3D)taukeh judi; Ananda krishnan. Bentangkan kain rentang 24' bertajuk " JANGAN GUNAKAN KUDA DALAM PERJUDIAN ANDA"... kuda juga haiwan yang suci bagi penjudi-penjudi kuda dan ekor kuda jadi lagi istimewa untuk kaki judi. Lesen bela kuda sepatutnya dibatalkan untuk digunakan dalam perjudian. Untuk kegunaan sukan boleh...kerana kuda suka bersukan...hhehe ...blogger kuda macam mana pulak?. Cakap bebuih pasal Islam...kutuk orang sini kutuk orang sana..tapi menggunakan gambar binatang dan nama binatang apa hukumnya...buklan satu blog dengan nama yang sebenar...kalau takut jangan jadi pejuang...agaknya Kuda perang "lahir tak berbidan"...entah lah di negara ini islam cuma menjadi functionary saja...
    Islam Indonesia penuh dengan kebudayaan Hindu dan Budha,

    kebudayaan Melayu Malaysia pulak penuh dengan kebesaran kesultanan Melaka...

    kebudayaan Islam Arab pulak penuh dengan Wahabisma.

    Kebudayaan Taliban penuh dengan radikalisma..

    kebudayaan Islam Turki penuh dengan Liberalisma...

    Islam yang dianjurkan Kuda Perang penuh dengan Pil Kuda, Kaki Kuda ....eloklah kuda perang eloborasikan satu kerajaan Islam yang dicita-citakan itu di terangkan dengan perinci jenis & sistem pemerintahan Islam yang kamu orang hendak itu..semoga-moga orang UMNO boleh tahu apa sebenarnya kamu semua nak buat itu dengan ini. Jangan kata "ikut sunnah dan al-quran" kerana al-quran tidak memberi panduan sebenar bagaimana boleh bentuk Negara Islam...perlembagaan Islam....kalau sini tak sempat mai blog rajahmas...boleh mamak publishkan artikal kuda perang pasal-pasal nak memerintah negara secara Islam....mcm Pakistan kah? Irankah? macam Turki kah?.Wassalam.

    BalasPadam
  7. Tahniah buat DDinbunga.

    Buat Kuda Perang pula, aku fikir elok lah ko nasehatkan puak-puak PKR, PAS dan DAP yang menjadi penaja, penaung, penganjur dan yang mmpoplerkan budaya demonstrasi (demo- tak-kasi) serta juga mereka yang berjaya menghuru harakan negara dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

    Buat mamak Penang, tambah lagi 1 ciri Islam buatan PR iaitu budaya tabur fitnah dan buat kacau tak tentu hala.

    Yang Benar
    Jas Salleh.

    BalasPadam
  8. salam,

    itu yg dicari, itulah yg ditemui...

    BalasPadam
  9. salama semua, mamak apa hal dengan kepala lembu, biarlah apa diorang nak cakap... nak tunjuk sensitive dan mintak perhatian dari kerajaan, jangan belakon ler, bukan kepala kuda dengan lembu jer, itu baru sikit jer nak melompat niak gila.
    sekupang nak ingatkan balik ... ini kira bagus ler kalau ada oranng yang tinggal boleh juga buat sup... tapi ingat tak sebelum ni bila kepala babi pulak diorang guna kat sekolah, kat masjid dan babi jugalah yang buat seluruh rakyat menderita dari nipah, je, H1N1, 1L1 tah banyak lagi disebabkan makanan diorang tu macamana,

    sendiri mau ingat ler.. ko kuda kalau tak senang dengan sensitif Melayu dipersilakan ko berhincit, pegiler join sang babi group!

    BalasPadam
  10. Salam sekupangduas,

    Sebenarnya mamak geram dengan golongan-golongan dari parti Pas yang kadangkala lupa daratan dan hilang pedoman kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka yang ingin menjadi pemimpin.Hang tengok sajalah gelagat Nijar di Perak dalam bulan ramadan ini.Apa yang dia nak buktikan kepada rakyat beragama Islam di perak. Bukankah dia seperti gerombolan komunis yang bermaharajalela di satu ketika dulu di Perak terutamanya di majoriti rakyat keturunan cina?. Inikah contoh pemerintahan Islam yang parti Pas nak bawak...kamu semua fikirlah...mamak dah tak larat nak fikir lagi dah tentang kumpulan seperti ini...nak tibai je rasanya!....selamat berpuasa kepada sekupangduas the great dan sekeluarga...wassalam.

    BalasPadam
  11. WAHAI KUDA PERANG..

    MEMANG TAK SALAH JIKA KAUM LAIN HENDAK MENDIRIKAN RUMAH IBADAT MEREKA..

    TAPI KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA BERBINCANG TERLEBIH DAHULU..

    MEREKA TIDAK MENGHIRAU SENSITIBITI KAUM SETEMPAT..

    KEPUTUSAN YG DI BUAT HANYA LEBIH KEPADA TUJUAN POLITIK..UNTUK MENGAMBIL HATI SATU KAUM SAHAJA..

    ITULAH JADINYA..

    KEMARAHAN PENDUDUK KAUM MELAYU

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda