Tee Keat, Tsu Koon didesak letak jawatan
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Seorang penyokong kerajaan dengan suara yang lantang dan sinis hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet kerana beliau tidak lagi mendapat kepercayaan daripada ahli parti serta rakyat.
Pada masa yang sama Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut mendesak Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berundur daripada barisan Kabinet dengan segera kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.
Dalam isu melibatkan Tee Keat, beliau berkata, maruah serta imej Presiden MCA itu telah jatuh di mata ahli-ahli parti serta rakyat secara keseluruhan apabila kepimpinannya jelas tidak lagi diterima iaitu hasil daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA baru-baru ini .
“Saya bercakap atas kepentingan rakyat. Perdana Menteri seorang yang bermaruah, oleh itu menteri juga harus bermaruah. Sedarlah diri...berhentilah (letak jawatan) buat apa tunggu lagi jika kepimpinan tidak lagi berkesan.
“Maruah dan imej dia telah pun jatuh di hadapan rakyat. Jadi, bagaimana dia hendak membantu Perdana Menteri kerana menteri ini tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Saya minta sekali lagi berhentilah menjadi menteri Kabinet,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan bajet 2010.
berita penuh di pautan utusan malaysia online 30.10.09
komen penulis,
Pendedahan dan kritikan berani yang di suarakan oleh Ahli Parlimen Sri Gading Johor, YB Dato Mohamad Aziz dilihat sebagai satu lagi tindakan berani seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang menyuarakan kerungsingan suara ahli - ahli komponen mahu pun pemerhati politik didalam Dewan Parlimen yang kena pada tempatnya kerana individu yang ditegur adalah Menteri Kerajaan.
Beberapa persoalan timbul dalan benak penulis, adakah menjadi kesalahan teguran yang dilakukan oleh Dato Mohamad Aziz ini? atau adakah keterlaluan teguran beliau dilakukan didalam sidang Parlimen? mengapa beliau menyuarakan teguran tersebut? atau adakah Ahli Parlimen ini akan menerima nasib seperti Dato Ismail dari Pulau Pinang yang diminta oleh Gerakan untuk mengantung beliau dan pak Lah ketika itu sebagai Presiden UMNO akur dan memutuskan untuk mengantung beliau?
Apa pun persoalannya, secara realitinya, apa yang berlaku di peringkat bawahan, penulis bersetuju apa yang dilakukan oleh Dato Mohamad Aziz yang bertujuan menjaga kekuatan BN dan sekaligus menjaga kepentingan Perdana Menteri umpama membela bangkai hidup dalam kerajaan mahupun dalam Parti BN.
Kerana secara realitinya 2 Presiden ini tidak melakukan sebarang gerakan, kerja, tanggungjawab selaku ketua Parti MCA dan Gerakan selepas PRU12 yang ternyata BN menerima pukulan hampir K.O oleh pembangkang yang ternyata "post moterm" undi dari kaum Cina secara majoritinya di merata - rata tempat terpesong kearah pembangkang, dalam keadaan ini apakah gerakan yang dilakukan oleh 2 Presiden ini malah bukan 2 tapi 3 Presiden?
Tiada sebarang penjelasan, tiada sebarang ceramah, tiada sebarang perjumpaan, tiada sebarang program ke bawah, tiada sebarang pertemuan yang dilakukan di kawasan - kawasan kaum cina dan kawasan - kawasan yang MCA dan Gerakan wakili yang kecundang dan tersungkur seperti di bandar bandar dan di kampung - kampung baru cina yang dilakukan oleh kedua - dua pemimpin tertinggi ini. kaum Cina di peringkat bawahan yang tidak berparti yang sekadar mengundi langsung terputus berita, langsung tidak memahami apa yang berlaku, yang akhirnya masuk angin akhirnya keuntongan percuma diperolihi oleh pembangkang. mereka - mereka ini terpinga - pinga dengan apa yang berlaku, tiada penjelasan, sebab apa? sebab pemimpin MCA dan Gerakan hanya bermain politik dan bergantung harap 100% kepada kekuatan UMNO.
Memang betul lah dan tepat apa yang di tegurkan oleh Dato Mohamad ini bahawa yang seorang asyik mengampu PM, dimana ada PM di situ ada beliau, seperti contoh di Pulau Pinang langsung tak mampu di jaga dan tiada sebarang kerja yang nampak kearah untuk mengambil kembali Pulau Pinang.
Yang seorang lagi asyik berpolitik cantas mencantas, terbukti EGM diadakan atas kehendak semua pihak termasuk lah dia sendiri yang berikrar akan menerima apa jua keputusan, apabila EGM memutuskan undi tidak percaya pada beliau, akhirnya beliau tidak mahu meletak jawatan, malah membenam sedalam -dalamnya krisis MCA atas sikap ego beliau, perangai ini ngam atau 2x5 pula dengan sikap Presiden seorang lagi Samy Vellu.
Betul apa yang khuatiri oleh Dato Mohamad Aziz, mereka berdua lah perosak kepada BN dan membebankan DS Najib dalam usaha berkerja keras bersama - sama pemimpin UMNO lain dalam memastikan BN kembali menang besar di PRU13 dan Negeri - Negeri yang tumbang ditegak kembali, sedangkan Ong, Koh dan Samy tumpang TUI!!! apabila Pilihanraya mereka lah yang akan kedepan menuntut kerusi sana sini dan "demand" jawatan besar atas nama konon 1Malaysia, UMNO juga yang akan bertolak ansur.
Maka penulis bersetuju sangat agar kedua termasuklah dijadikan ketiga, Ong Tee Keat, Koh Tsu Koon dan tambah seorang lagi Samy Vellu, sama - sama patut berpakat untuk meletak jawatan dan perturunkan jawatan tersebut kepada pemimpin muda dan baru yang lain agar mereka dapat bekerja tanpa ding.. dong... membantu DS Najib mengembalikan keagongan BN seperti dulu kala.
APAPUN PENULIS PUJI INILAH KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL YANG SENTIASA TERBUKA UNTUK MENEGUR, BERSUARA, MENKRITIK, MENCADANG, MEMUJI DAN APA SAJA ISTILAH BERADA DIDALAM HATI SETIAP PEMIMPIN DAN AHLI BN MENGGAMBARKAN BN SEBUAH PARTI YANG RELEVAN TIDAK KUKU BESI SEPERTI PEMBANGKANG ANGGUK APA KATA SEORANG PEMIMPIN SAJA.
Salam bro,
BalasPadamWeh Samy menteri dinasour MRR2 patut dulu lagi dah letak jawatan.. tara bole ini macam tambi, Tun Mahatir pun sudah pencen.... u sudah faded, panggil lain orang lagi ganti la