hee... malunya kawe...
700 anak luar nikah di Kelantan
KOTA BHARU 26 Okt. - Seramai 700 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di Kelantan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.Beliau berkata, keadaan tersebut membimbangkan dan kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut kerana pihaknya percaya masih ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan.
Beliau berkata, kerajaan negeri melalui seminar, forum dan ceramah sentiasa menekankan kepada ibu bapa dan keluarga kepentingan pendidikan anak-anak dan bahaya gejala sosial di sekeliling mereka.
berita penuh di pautan utusan online 27.10.09
komen penulis,
Apa cerita Tok Guru?, macam mana dengan title SERAMBI MEKAH, apabila Tun Mahathir kata Kelantan di bawah kepimpinan PAS mundur dan tak membangun, Tok Guru marah, patut le Tok Guru baran atas kenyataan tersebut, rupa nya memang benar Kelantan maju dan moden berdasarkan kepada statistik anak luar nikah dan sumbang mahram rupanya.
Ish...ish... Tok Guru tentu akan nafi kan, dan tentu Tok Guru kata ini semua gejala ini peninggalan pemerintahan BN 16 tahun dulu atau pun semua kes tersebut kes import dari negeri - negeri luar Kelantan yang berhijrah ke Kelantan yek...
Berjaya ke selama ini pemerintahan kononnya ala Islam di Kelantan, atau Tok Guru kena tanya diri dan muhasabah diri adakah kejadian ini semua atas sifat dan sikap ego kita kepada manusia lain sekaligus kepada Allah S.W.T sehinggakan kita alpa akan tanggungjawab yang tak kita laksanakan kerana kita dah lupa diri duduk atas kerusi empuk, kereta mewah, rumah mewah, gaji besar dan harta bertimbun. almaklumlah Tok Guru kita ni insan yang lemah dan jahil.
Tentu ramai penyokong Tok Guru terkedu dengan laporan tersebut dan ramai anak murid Tok Guru geleng - geleng kepalo.
Catat jangkitan HIV tertinggi
KOTA BHARU 26 Okt. - Biarpun kerajaan Pas Kelantan sering mendabik dada dengan mendakwa mereka adalah contoh terbaik untuk mendidik rakyat tetapi realitinya berbeza.
Masalah sosial di kalangan rakyat di negeri ini tidak jauh berbeza dengan negeri-negeri lain, malah pada tahun lepas ia mencatatkan kes jangkitan HIV yang tertinggi dengan 749 kes baru berbanding tahun sebelumnya.
Hakikat ini diakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Ubaidah Omar ketika menjawab soalan lisan, Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Paling membimbangkan, katanya, peningkatan golongan belia yang dijangkiti virus tersebut terutama melalui hubungan seks rambang.
berita penuh di utusan online 27.10.09
komen penulis,
Ini lagi satu kemajuan dan pembangunan yang dipertahankan oleh Tok Guru dan menjemput Tun mahathir datang dan tengok sendiri di Kelantan.
Bukti satu kejayaan yang dibangga kan oleh Tok Guru dan pakar - pakar Islam dikalangan exco dan Wakil Rakyat PAS di Kelantan, tahniah!!! Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan diatas kejayaan ini.
Baru lah kami semua faham apa maksud Tok Guru bahawa selama ini memang Kelantan dah maju kehadapan daripada Negeri - negeri lain di Semenanjung ini.
Tidak kah indah khabar dari rupa Tok Guru hoi!!! tunding orang tak Islam tapi rumah awak sendiri carit sana sini, terlompong nun sana, nun sini, ternganga merata - rata, ada kah ini satu kejayaan buat Tok Guru dan kepimpinan PAS di Kelantan. Ish...ish... tahu dik Guinness Of Record mesti Kelantan dapat anugerah Tok Guru.
Betul kata pepatah "satu jari tunding pada orang lain, 4 jari lagi tunjuk pada kita" dan "meludah kelangit jatuh ke batang hidung sendiri"
dan kata nasihat hadis "apabila kita menuduh kafir pada orang lain umpama anak panah dilepas dari busurnya berpatah balik menikam diri kita."
Salam Ddinbunga, bukankah anak Tok Guru Nik Abduh dah tulis dalam blognya, para blogger pro PAS terlalu banyak berbohong termasuk blog ayahnya....
BalasPadamApalagi yang dia nak kata, tak nak cakap kerajaan PAS Kelantan tetap mundur.....malulah serambi Mekah.....
nak kat ape...peluang kerja terhad kat sana..buat kerjakan anak oranglah, ada gak hasil...terbukti statistik ini memang memalukan...nilah yang dikatakan PAS 4 ALL...
BalasPadamKELANTAN DIBAWAH PAS NAK PEGANG APE LAGI..
BalasPadamKEMAJUAN FAIL..
INFRASTRUCTURE FAIL..
PERKERJAAN FAIL..
PEMBANGUNAN LAGI FAIL..
JADI BAGI MEMENUHI ALMARI MEREKA DENGAN PINGAT DAN TROFI MAKA MEREKA MEMILIH PERTANDINGAN YG LAIN DARI YG LAIN..
JOHAN ANAK HARAM..700 ORANG SETAHUN
JOHAN JENAYAH TERTINGGI..
JANGKITAN HIV TERTINGGI..
KITA TRIBUTE TO NIK AJIS TUA KUTUK TENTANG KEJAYAAN DIA INI..
As,kum, ini lah yang dikata selagi bernama manusia kita mempunyai banyak kelemahan, dan benar lah apa yang dinasihat oleh Islam, jika seseorang itu terlalu menunjuk dianya alim dan islam dari orang lain maka dugaan yang mendatang amat mencabar berbanding dengan umat2 lain..
BalasPadamJelas, Ni a jis dan PAS tak akui kesalahan dan kegagalan pemerintahan mereka...isu ini diam disitu saja malah PAS berusaha mengalih ke Isu lain seperti Kerajaan Perpaduan tiba2 dibangkit dan dihangat semua...tiba2 naik gila semula Mesy DUN Perak... tujuannya bagi mengelak kelemahan IBU NEGERI PAKATAN PEMBANGKANG INI DILIHAT KEGAGALAN DAN PERLU DIALI PERHATIAN RAKYAT TERHADAPNYA.
BLOGGER2 YANG CINTA KAN ISLAM HARUS KETENGAHKAN ISU INI.... AGAR TIDAK TIMBUL YANG TAK BAIK JE SEMUA NEGERI UMNO/BN.