Khamis, 8 Oktober 2009

HOI!! PAS BILLBOARD BN PUN DITURUNKAN, PKR, DAP TAK KENA MENGENA!!!



Kali ini SPR agak tegas dalam menguatkuasa peraturan PRK di Bagan Pinang dengan menurunkan bendera PKR dan DAP yang tidak terlibat didalam PRK di Bagan Pinang kecuali bendera BN dan PAS yang meletakkan calon di PRK tersebut.

Malah Billboard yang tidak bermoral dan boleh menimbulkan kekeliruan rakyat diturunkan termasuklah billboard BN yang dikatakan juga mempunyai unsur provokasi.

BN menerima keputusan SPR didalam menguatkuasakan peraturan Pilihanraya yang termaktub didalam Perlembagaan Negara walaupun BN menganggap bahawa billboartd mereka tidak melampaui batasan tata susila atau pun mempunyai unsur provokasi, tetapi tetap akur diatas keputusan SPR.

Mendukacitakan apabila puak - puak pembangkang melakukan protes dan mempertikaikan tindakan SPR yang menurunkan bendera PKR dan DAP dan billboard PAS yang mempunyai unsur hasutan dan provokasi, mereka seperti dijangka dan diamalkan menuduh ini adalah strategi BN. sikap yang double standard oleh pakatan pembangkang amat mengecewakan, apabila sesuatu tindakan melibatkan parti mereka, maka tuduhan - tuduhan melulu melibatkan BN dan SPR akan dilemparkan tanpa sopan santun.

Menunjukkan betapa samsengnya puak - puak pembangkang ini, mereka tidak mempeduli atau menghormati SPR dengan menaik kan kembali bendera dan sepanduk PKR dan DAP tanpa menghiraukan teguran dan tindakan yang dibuat SPR, tentunya lain tak bukan untuk mendapat simpati dari pengundi, memang samseng, bagi mereka tindakan yang dibuat kecil saja berbanding memukul orang UMNO pun mereka boleh lakukan, penulis berkata demikian sebab penulis sendiri pernah ditumbuk sembunyi tangan dari belakang oleh samseng PAS semasa hari penamaan calon di PRK Bukit Gantang sebelum ini.

Ini lah sikap yang amat mendukacita kan, sedang dalam mahukan kuasa memerintah, mereka juga yang mencabul peraturan, walhal peraturan tersebut juga lah diguna pakai apabila mereka memerintah kelak seperti di Negeri - negeri yang mereka perintah maka peraturan tersebut juga digunapakai.

Maka teladan baik yang di tunjukkan oleh BN harus kita semua hargai dan memberi pujian kerana walaupun melibatkan parti BN, sekiranya salah tetap menerima kesalahan tersebut dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan berbanding sikap pembangkang yang langsung tidak menghormati peraturan negara.

Maka penulis merayu kepada semua pengundi yang bijaksana di Bagan Pinang agar UNDI LAH BARISAN NASIONAL yang meletakkan calon yang benar - benar terbukti membela rakyat dan berkerja untuk rakyat berbanding calon PAS yang tak tahu hujung pangkal khidmatnya malah yang terbukti dimana-mana bertanding di pilihanraya sebelum ini mewakili PAS beliau tidak pernah menang.

SELAMAT MENGUNDI BARISAN NASIONAL.

3 ulasan:

  1. Bukan hang tak tau din, sejak dulu lagi PAS Khawarij ni dah memang suka buat keraja-kerja kecuh dan munafik.....

    BalasPadam
  2. SALAM..

    PAKATAN NI MENGUNAKAN TAKTIK SPIN.APA SAHAJA MEREKA AKAN SPIN..WALAU PUN HAKIKATNYA MEREKA TAHU MEREKA SALAH, TETAP MEREKA AKAN GUNAKAN APA CARA UNTUK MENYALAHKAN ORANG LAIN PULA. LOJIK KE..PM SALAH..MENTERI SALAH..POLIS SALAH..SPR SALAH..SPRM SALAH..ASKAR SALAH..HAKIM SALAH..MAHKAMAH SALAH..BN SALAH..UMNO SALAH..KERAJAAN SALAH..SEMUA SALAH..

    APA MEREKA INGAT MEREKA MALAIKAT..SEMUA BETUL..

    MEREKA DAH TAK ADA ETIKA. PUAK SEBEGINI HANYA LAYAK UNTUK TINGGAL DI PULAU-PULAU TAK BERPENGHUNI DI LAUTAN HINDI. ITU AJE TEMPAYT UNTUK MEREKA...BERKAWAN DENGAN BEROK

    BalasPadam
  3. Salam Ddin...raya lama nampak...heheh!,
    Billboard teroyak Tok Guru mereka adakah sana?..dulu kat Dalam Pilihanraya (2008) dikampung-kampung dan dikawasan Pas bertanding majoriti Melayu..langsung poster DAP tak ada..walau pun ramai orang Cina dan India...Di kawasan Cina pulak poster Pas langsung tiada...walau pun ada ramai penggundi Cina..PAS DAP..ini seolah ngam betul...pelik juga!. Mereka serasi....Wal hal parti DAP ini tak boleh ngam dengan siapa pun termasuk Gerakan atau MCA. Orang melayu benci kat DAP ini pasai 1969...terlalu sombong kerana menang besar. Tak pandang melayu walau pun ramai Melayu di DAP...Undi Pas sekarang bererti macam undi DAP dah!...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda