Isnin, 12 Oktober 2009

KEMENANGAN BN YANG MENGEJUTKAN!!!

Penulis menjangkakan keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang berdasarkan senario politik semasa dan musim berkempen di sana susah meramalkan bahawa BN akan menang besar.

Sembang - sembang kedai kopi dan teori - teori dari orang ramai, malah teori sombong dan bongkak dari pemimpin atasan dan bawahan Pakatan Pembangkang meramalkan bahawa Pakatan Pembangkang akan mempertahankan rekod tanpa kalah kecuali PRK Batang Ai yang terkeluar dari peta Pakatan Pembangkang kerana nun jauh di hujung dunia Malaysia kerana disana dikatakan oleh Presiden PAS, Hj, Hadi Awang sebagai "orang asli yang memakai cawat".

Terkejut dan amat mengejutkan BN telah menang besar malah pukulan "KO" terhadap Pakatan Pembangkang di Selatan Tanahair ini membuatkan semua pemimpin Pakatan Pembangkang tunduk muka malah Saleehuddin Ayob yang bongkak sebelum ini dijangka akan di DIHARAMKAN memegang selepas ini sebarang jawatan melibatkan Pilihanraya di masa depan.

Pembangkang menggunakan berbagai tektik helah dan bohong, sehingga kan sanggup mengadai tata susila dengan melakukan pembohongan isu ahli PAS di tetak oleh orang UMNO, malah Pakatan Pembangkang mengengkari peraturan SPR dengan menaikkan semula sepanduk, bendera PKR dan DAP selepas di turunkan oleh SPR.

Semasa hari pembuangan undi, berdasarkan kajian PAS telah menjangka akan kalah berdasarkan laporan dari pemerhati calon didalam saluran mengundi dan pemerhatian sepanjang kempen kehadiran ceramah pembangkang kebanyakannya ketandusan orang ramai, MAKA strategi menuduh dan memfitnah SPR pun di lancarkan agar, keputusan sekiranya BN menang akan dilihat kononnya ada unsur SPR dirasuah dan kekalahan PAS kerana penyelewengan bukan kerana rakyat menolak PAS.

Seperti kebiasaan dan standard, Pakatan pembangkang dijangka akan membuat berbagai tuduhan bagi menutup malu, kerana BN menang seperti :-

1) SPR Rasuah
2) Undi Pos berlaku penipuan oleh SPR dan BN
3) BN memberi rasuah
4) Polis campurtangan
5) Undi hantu

Apapun, semua ini adalah takdir Allah S.W.T jua, menang besar yang diperolihi oleh BN sudah tertulis, tertulisnya kerana usaha, kejujuran, keikhlasan dan komitmen berterusan selama ini yang dilakukan oleh BN kepda rakyat akhirnya ditunaikan oleh Allah S.W.T, yang meredhai segala usaha BN selama ini.

Maka dengan keputusan ini pecah bersepai lah rekod Pakatan pembangkang, mereka tidak berhak lagi mendakwa mereka parti yang diterima oleh rakyat, kekalahan teruk di Bagan Pinang bukti rakyat mula menolak pakatan pembangkang, rakyat menerima DS Najib sebagai Perdana Menteri, rakyat mengikhtiraf TS Isa Samat, Menteri Besar dulu yang berjasa dan pemimpin UMNO yang berwibawa, oleh itu PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH TUTUP BUKU DAN BUANG KEDALAM TONG SAMPAH.

Penulis merakamkan Tahniah!!! pada DS Najib, TS Muhyiddin, DS Md Hassan, TS Isa Samat, UMNO dan BN Teluk Kemang, Jentera BN, Bloggers Pembela Bangsa dan terpenting rakyat 1Malaysia di Bagan Pinang.

benar - benar keputusan ini mengejutkan teman dalam masa yang sama amat - amat - amat - amat - melegakan teman.

TAHNIAH BARISAN NASIONAL!!!

6 ulasan:

  1. Salam, Kah...kah..kah..sekarang satu Malaysia tahu...Pas Terjeut Biawak.....(pinjam kat tukartiub)

    BalasPadam
  2. salam... alhamdulillah.. sy gembira bila dpt tahu BN menang.. sekurang2 nya kita tahu sokongan rakyat masih kuat kpd pemimpin yg dh tersedia ada..

    BalasPadam
  3. Hanya di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor sahaja sebahagian rakyat masih lagi buta dengan kepincangan PAS-pakatan dalam melaksanakan kebajikan kepada rakyat......

    BalasPadam
  4. Salam bro,

    Taktik Paih kat Perak dapat dipatahkan orang nogori... mapoh mu paih....hehehehe

    mamak, tu bukan terkejut biawak lagi tapi dah bisu beruk. Tergamam makcik pakcik PAS, parti gurunya ditolak org dek sikap darah muda penyokongnya yang taksub dan hampir2 nak buat PAS jadi parti agama pesong.

    BalasPadam
  5. SALAM BRO..

    UJANG DAN RAKYAT N.9 DAN BAGAN PINANG TERLALU BIJAK UNTUK DEPERBODOHKAN OLEG ANUAR DAN NIK AJIS

    SYABAS..SEMUA JENTERA BN TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA SANGGUP BERKERJA KERAS SEHINGGA LUPA MAKAN..LUPA TIDOR UNTUK MENGHANCURKAN GEROMBOLAN SETAN HIJAU.

    TAK LUPA KEPADA PARA BLOGGER...UMB, BPN, BLOGGER PATRIOT, BLOGGER UMNO DAN PRO KERAJAAN YANG BERSUNGGUH BERUSAHA MEMBUAT LIPUTAN DAN JUGA BERJAYA MENJAWAB DAN MENANGKIS SEGALA TOMAHAN PIHAK GEROMBOLAN SETAN HIJAU.

    BalasPadam
  6. As'kum, pengajaran dalam Islam itu benar dan tepat, Bongkak, sombong, hidung tinggi, ek, berlagak, tinggi diri amat dibenci oleh Allah S.W.T, maka akan dibalas bila tiba masanya, maka masa nya tak lama di bagan pinang ditentukan Allah S.W.T. segala kemungkaran puak2 pengkhianat dan penderhaka terbalas.

    Benar kata orang dulu kala, orang pendek panjang akal fikirannya.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda