Rabu, 18 November 2009

SELAMAT MENDUDUKI SPM DAN STPM 2009


SEPANDUK SEMANGAT UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM DARIPADA DS AHMAD HUSNI HANADZLAH DAN BN PARLIMEN TAMBUN


SEPANDUK BN PARLIMEN TAMBUN DI SIMPANG KG MANJOI IPOH


SEPANDUK BN PARLIMEN TAMBUN DI SIMPANG KG TENGKU HUSSIN IPOH

PENULIS MENGAMBIL KESEMPATAN MERAKAMKAN SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM BAGI TAHUN 2009 MULAI HARI INI HINGGA 16 DISEMBER 2009, DIDOAKAN SEMUA ADIK - ADIK SERAMAI 465,853 ORANG MENDUDUKI SPM MANAKALA 55,635 STPM AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG.

SUDAH TENTU ADIK - ADIK TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN HARAPAN IBU BAPA YANG TERSAYANG DAN SUDAH TENTU IBU BAPA MENDOAKAN DAN MENARUH HARAPAN TINGGI AGAR ANAK - ANAK TERSAYANG AKAN MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DAN SETERUSNYA AKAN MENJEJAKI KAKI HINGGA KE PUNCAK GADING.


INGATLAH ADIK - ADIK ADALAH PELAPIS MASA DEPAN NEGARA, ADIK - ADIK ADALAH ASET NEGARA YANG TAK TERNILAI HARGANYA, MASA DEPAN NEGARA BERGANTUNG KEPADA ASET SUMBER MANUSIA REMAJA YANG BERKUALITI TINGGI MASA KINI YANG AKAN MEWARNAI WARGANEGARA BERMUTU DI MASA HADAPAN.

8 ulasan:

  1. OK..NI AKAN MANIKAN SEMANGAT PELAJAR UNTUK BERUSAHA DAN BERJAYA..

    ADA TEMPAT TU..

    SLOGAN BANNER DAN PAPAN KENYATAAN AJE NAMPAK HEBAT MACAM PERJUANG BESAR ISLAM...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...PEMERINTAHAN AL QURAN...ISLAM MENYERU BERLAKU ADIL..

    TAPI BILA TANG BALAK..TANG TAJAAN 65,000..TANG MELANTIK KRONI...SLOGAN TINGGAL SLOGAN AJE..

    BalasPadam
  2. Salam ddin, sama-sama kita doakan anak-anak kita berjaya dalam peperiksaan SPM..... Amin....

    Betul juga komen Abang Tuah, slogan yang pernah kawan jumpa di satu negeri berbunyi 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, PEMERINTAHAN AL QURAN, ISLAM MENYERU BERLAKU ADIL' hanya tinggal slogan juga sudahnya....... rakyat tertipu juga dengan slogan penipu tok-tok guru... bila tang balak, tajaan haji, dan lain-lain semua halal bagi merreka..... poooooooraaaaaah..... hamPAS....

    BalasPadam
  3. Askum, bro tuah dan gambi sesuai lagu Tipah Tertipu.....Tipah tertipu lagi.

    Apapun kita harus angkat tangan tabik pada DS Husni, Menteri Kewangan 2 dan Barisan Nasional bukan sekadar berpolitik sepanjang masa....ada masa nya kita harus ingatkan anak - anak kita yang menghadapi hari kesukaran menghadapi exam SPM/STP tetapi diingati dan di beri dorongan oleh pemimpin politik dan parti BN..

    Setidaknya mereka akan bersemangat dan sentiasa teringat dalam perjalanan ke pusat peperiksaan apabila mereka terbaca akan sepanduk tersebut.

    Tidak lah asyik berpolitik sepanjang masa hinggakan tak mengira bulan puasa ke, bulan syawal ke...musim peperiksaan ini membuktikan mereka sekadar berlakon saja mengambil berat tentang rakyat... yang mereka tahu gantung sepanduk ayat neraka BUBAR DUN PERAK, SOKONG BN HARGA BARANG NAIK, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...perbuatan haprakkkkk.

    BalasPadam
  4. Salam bro,

    memang kawan daripada dulu lagi tak suka banner2 pembangkang yang tergantung kat mana2 tempat meracun pemikiran rakyat. Dua perbezaan ketara banner BN dengan puak PR ni.

    Pertama, slogan dan tujuan banner adalah untuk peringatan, ucap selamat dan amaran yang berguna kepada rakyat. Kedua, semua mesej yang disampaikan tidak bertujuan memburuk2kan parti atau pemimpin lawan. Bandingkan dengan banner pembangkang... memang dah nama pembangkang, cara berpolitik pun sesuai dengan perlakuan dan sifat pembangkang. Bangkang dan terus membangkang....

    BalasPadam
  5. Salam semua!. Wah semua pendekar berkumpul kat blog ddin bunga..hehe!. Kadangkala berblogging ini bosan juga ya...maka artikal mcm ddinbunga buat ok jugak...release tension dengan pemandangan bunga-bunga yang mekar di taman ddinbunga.Mamak harap persahabatan hampa semua jangan putus hendaknya. Ini satu persahabatan yang unik jarang jumpai...satu matlamat satu tujuan untuk memperkasakan UMNO. Cerita boleh cerita apa juga parti politik PR ini untuk Melayu tapi tak akan sama dengan UMNO!. Hahaha lari tajuk lagi Ddinbunga...pasal spm/stpm ini mamak dulu ambil MCE dan Hsc..maka kini cucu belum lagi..anak-anak kahwin leawt.. takat ..cuma PMR je!. Wassalam semua!.

    BalasPadam
  6. salam, teman agak bz kebelakangan ini dan kurang tumpuan di blog, maaf dipinta.

    mamak, kalau tak sahabat2 yang hadir menziarah teman siapa lagi...teman ucap terima kasih pada semua spt Abgtuah, mamak, Apai Ngelai,Gambi, Dr1221, kuntakinte, dimensi dan lain2.

    Walau bagaimanapun promosi dari sahabt2 di blog mereka amat teman harapkan, almaklumlah teman budak baru belajar....terutama dari sahabat otai2 semua macam abangtuah.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. salam
    calon tetap bersemangat walapun banjir

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda