DATO RAZALI OTHMAN, PEGAWAI DAERAH KINTA
Hari ini kebetulan penulis ke Pejabat Daerah Kinta di Batu Gajah bagi menyelesaikan beberapa perkara disana, sementara menunggu Dato Pegawai Daerah sedang mempengerusikan satu Mesyuarat penting penulis duduk minum dikantin.
Tiba - tiba penulis dan beberapa orang lain di kantin tersebut dikejutkan dengan suasana riuh rendah diluar bilik mesyuarat dan dapat dilihat seorang anggota Polis sedang mengiringi seorang Wakil Rakyat PKR dalam Daerah Kinta yang bising-bising dengan kata-kata marah berpelat cina cakap melayu terhadap Pegawai Daerah Kinta.
Selepas Mesyuarat tersebut tamat, penulis sempat bertemu seorang Wakil Rakyat BN dan pegawai kerajaan lain dan bertanyakan apa yang berlaku, mereka memberitahu, Wakil Rakyat PKR itu tiba-tiba meluru masuk di pertengahan mesyuarat tanpa dijemput ke dewan mesyuarat tersebut apabila Pengerusi Mesyuarat, Pegawai Daerah terpaksa menghentikan mesyuarat dan meminta agar Wakil Rakyat tersebut tidak masuk secara meluru dan tak bersopan, dan memaklumkan beliau tidak terlibat langsung dan kena mengena dengan Mesyuarat yang sedang berjalan, lalu berlaku pertengkaran dan kata - kata tak baik dihemburkan Wakil Rakyat tersebut kepada Pegawai Daerah dan ahli-ahli Mesyuarat yang juga terdiri daripada Ketua - Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan dalam Daerah Kinta yang semuanya merasa amat memalukan dengan sikap dan perangai seorang Wakil Rakyat PKR itu yang dianggap tidak sopan dan bongkak, kerana tidak mahu keluar maka Pegawai Daerah selaku Pengerusi Mesyuarat dengan baik meminta seorang Pegawai Polis berpangkat ASP yang juga ahli mesyuarat untuk mengiringi Wakil Rakyat PKR tersebut keluar dari bilik mesyuarat, maka mesyuarat dapat diteruskan. itu lah yang riuh rendah di luar bilik mesyuarat.
Terdengar juga mereka - mereka di kantin berkata " itu nak berlatih untuk ganggu Mesyuarat Dewan Undangan Kerajaan Negeri Perak le tu", ada juga suara "dia ingat ini Mesyuarat Dewan undangan Negeri ke nak serbu - serbu, nak jerit - jerit, ini Pejabat Kerajaan ada peraturannya" ada juga kata " Masa mereka memerintah 11 bulan tak pun Wakil Rakyat BN ganggu mesyuarat Pegawai kerajaan" ada juga berkata " masa mereka perintah dulu, tak pun jemput Wakil Rakyat BN bermesyuarat malah calon mereka yang kalah bertanding dengan Wakil Rakyat BN yang dipanggil mesyuarat" ada juga yang kata " langsung tak hormat kakitangan kerajaan, dia ingat dia perintah lagi ke!!" ada juga yang kata "orang macam ini pun boleh jadi Wakil Rakyat".
Penulis memuji ketegasan Pegawai Daerah, Dato Razali Othman yang bijak dan tenang berhadapan dengan KERENAH Wakil Rakyat pembangkang yang kita ketahui memang sombong dan bongkak malah sentiasa menggunakan pendekatan samseng dan provokasi dengan kakitangan kerajaan selama ini, malah ada juga kakitangan kerajaan di Batu Gajah menceritakan Wakil Rakyat pembangkang apabila datang ke pejabat mereka akan terus meluru masuk ke bilik - bilik pegawai tanpa meminta izin untuk bertemu, umpama buat seperti pejabat sendiri.
Salam bro, begitulah bayangan kalau komunis dapat memeritah negara........ waima kalau dlam majlis di Masjid pun mereka akan ganggu........
BalasPadamsetuju dgn dia kata...latihan untuk ganggu sidang DUN tak lama lg la tu....perangai tak ubah2, heran, macam mane rakyat boleh pilih jd wakil dia orang....
BalasPadamOii Brother..
BalasPadamLu Cerita tak habis la.., siapa nama wakil rakyat tu.., cerita tak bernama.. apa lu takut kena saman, atau lu punya cerita bohong...
mana mana pegawai kerajaan yang buta mata hati sokong DAP/PAS/PKR lagi silalah bertaubat semoga Allah bukakan hijab...sebenarnya hikmat yang terlihat bila PR menang dibeberapa negeri ialah supaya rakyat terbuka mata bagaimana rupanya sedikit kuasa diberikan kepada mereka
BalasPadamakhirnya kuasa dan nikmat Allah itu rupanya Istadraj semata- banyak-banyak kita muhasabah diri supaya perkara ni tak berulang dlm PRU 13
ITU LAH KERJE NYE WAKIL RAKYAT PAKATAN REPUT DAH NAK RANAP TU. MENGACAU-MENGACAU ITU AJELAH YANG MEREKA TAHU DAN ITU JUGA YG MEREKA GEMAR.
BalasPadamMEMBINA NEGARA..MEMBELA RAKYAT HANYA JANJI KOSONG DAN RETORIK BIBIR MANIS BERBISA MEREKA.
DAH MACAM-MACAM PENDEDAHAN YANG DIBUAT OLEH BEKAS AHLIL-AHLIL MEREKA..TAPI KALAU MATA DAH KABOR..HATI DAH TERTUTUP KEJAP..BERWARNA PULA GELAP ZULMAT MAKA MEREKA TETAP LEBIH RELA BERKUBANG DALAM KALANGAN NAJIS.
salam, sdr manjungmari, terlupa penulis nak tanya mereka yg bercerita pun sambil berjalan maklum le hari panas terik nama wakil rakyat tu dan dari mana kawasan nya (faham teman kalau di Batu Gajah besar kemungkinan wakil rakyat tu dari dalam kawasan Kinta), satu mungkin dia tak popular, kedua keadaan masa tu agak kelam kabut atau mungkin pasal jauh sikit dari kantin tak jelas siapa gerangannya..maklum lah teman pakai cermin mata... he..he.. sdr. baca penulisan teman sebelum ni teman nyata nama2 mereka yg terlibat dengan isu penulisan teman...kena jujur dalam menulis tak tahu kita tak perlu sebut nanti jadi FITNAH bro...
BalasPadamapa pun TQ singgah di blog teman dan pada semua sahabat yg singgah TQ.TQ.TQ.