Rabu, 24 Mac 2010

YB ZULKIFLI AKAN BERTEMU DS NAJIB DAN ROSMAH UNTUK MOHON MAAF, BAGAIMANA DENGAN NASIB RATUSAN PENYOKONG PKR DAN PAS YANG BERSUBAHAT PENYEBAR FITNAH???



Hari ini satu lagi pengakuan dahsyat yang di dedahkan oleh YB Zulkifli di Parlimen selepas pendedahan YB DS Zahrain, yang memang sudah dijangka akan berlaku setelah beberapa pemimpin kanan Pakatan pembangkang keluar parti, tetapi ramai tak menjangka isi kandungan dedahan akan mereka buat terutama dedahan YB Zulkifli tersebut yang mengejutkan dan amat mendukacitakan.

Bukan sekadar pembohongan mengunakan Institusi DiRaja dan Angkatan Tentera Malaysia demi mencapai matlamat menghalalkan cara, tetapi lebih menyedihkan FITNAH DAHSYAT yang di lakukan terhadap orang yang tidak berdosa sanggup di lemparkan semata-mata, sedangkan selaku umat Islam yang tahu akan hukum hakam agama memfitnah umpama memakan atau pun membunuh saudara sendiri, malah dosa memfitnah ini Allah S.W.T sendiri tidak berkuasa untuk mengampunkan kecuali tuan punya badan yang difitnah saja yang boleh memaafkan, barulah terlepas dari dosa memfitnah.

Dalam kontek ini, YB Zulkifli penulis percaya akan berpeluang bertemu dengan DS Najib dan Rosmah untuk memohon maaf diatas segala fitnah yang diarah kepada nya untuk dilakukan, maka YB Zulkifli akan terlepas dari dosa tersebut, penulis percaya DS Najib dan Rosmah selaku manusia yang serba kekurangan akan memaafkan YB Zulkifli.

PERSOALANNYA, BAGAIMANA PULA DENGAN NASIB (TAK KETERLALUAN PENULIS ANGGARKAN) BERATUS - RATUS RIBU PENYOKONG PKR DAN PAS YANG BERSUBAHAT MENJADI AGEN PENYEBAR ATAU YANG MEMPERCAYAI LALU MENYAMPAIKAN CERITA FITNAH TERSEBUT KEPADA ORANG LAIN?, SEKIRANYA TUAN PUNYA BADAN YANG DIFITNAH TIDAK MEMAAFKAN, BAGAIMANA UNTUK MEREKA BERTEMU DENGAN PERDANA MENTERI DAN ISTERI UNTUK MEREKA MEMOHON KEMAAFAN, TIDAKKAH RUGI SEGALA AMAL IBADAT MEREKA SELAMA INI DI SEBABKAN DI HALANG OLEH DOSA MEMFITNAH INI, SEMATA - MATA MEMPERCAYAI SECARA MEMBUTA FITNAH SESEORANG YANG SEMEMANGNYA DIKETAHUI BERKEPENTINGAN PERIBADI YANG MENGAKIBATKAN AKHIRNYA SEMUA YANG MEMPERCAYAI TERJERUMUS DIDALAM NODA DOSA.

Walaubagaimanapun penulis percaya diatas keperibadian DS Najib dan isteri setidaknya dihati kecil PM diharapkan DS Najib akan memaafkan segala kesilapan ketelanjuran mereka - mereka di pelusuk kampong yang tak terfikir ketika itu buruk baik tindakan mereka akibat membenarkan diri ditipu dan diperbodohkan.

Pendedahan YB Zulkifli ini amat baik kesannya terhadap seluruh penyokong parti - parti politik agar jangan sekali - kali membenarkan lagi diperbodohkan oleh mereka - mereka yang berkepentingan, sedar lah bahawa diri sendiri juga yang akan menerima padahnya akibat kebodohan diri sendiri. bersama - sama lah berdoa agar DS Najib dan Rosmah dibuka hati mereka oleh Allah S.W.T untuk MEMAAFKAN segala ketelanjuran kita, kerana harus diingatkan bahawa dunia ini hanya pinjaman, yang kekal selama - lamanya adalah di alam barzakh.

4 ulasan:

  1. SALAM...

    BEST ARTIKEL NI.

    YA BRO..PAKATAN REPUT LAGI RANAP PARTI AKAN MENEMUI AJAL MEREKA TAK LAMA LAGI. INI GARA-GARA SIFAT DAN SIKAP KEMUNAFIKAN DAN SIKAT KEJAHATAN HATI MEREKA.

    YANG KELUAR DARI PUAK JUAK MEREKA MEREKA DOAKAN KEMUSNAHAN..YANG MASUK JADI MEREKA IBARAT BUNGA..SEHINGGA NIK HAJIS TUA KARAT TU NAK TIMANG TUN JIKA MASUK PAS.

    HANCUSSS..HANCUSSS...MEMANG SELAYAKNYA MEREKA-MERAKA KUMPULAN HAMPAS DAN PUAK JUAK NI HANCUSS...

    JENIS TAK MENERIMA NASIHAT..JENIS SOMBONG BODOH TETAP AKAN JADI LEMBU SELAMANYA.

    BalasPadam
  2. semua yang haram, pada PAKATAN halal belaka...tengok jelah ape reaksi NIK Ajis yang pandai sangat agama tu untuk komen isu yang YB zul dedahkan....

    paling kuat dia akan cakap, untuk kepentingan politik, tak pe...

    macam isu lompat parti, kalau BN lompat masuk pakatan, halal...

    kalau PAKATAN lompat jadi bebas @ masuk BN, HARAM...

    fatwa macam tu bagi aku setaraf macam "ekor pendek" yang jelas Umat islam haram makan sampai kiamat...

    memang patut PM kita cakap mamat tu macam lalang....

    dah le sesat...penyokongnya pun sesat...

    BalasPadam
  3. SALAM, BETUL BRO...TAPI SETIDAKNYA KITA BERDOA BERSAMA AGAR MEREKA - MEREKA YANG SESAT LARAT NI TOLEH KEBELAKANG MENCARI PANGKAL JALAN SEMULA...KERANA SEWAJIBNYA KITA BERSIMPATI DENGAN KETELANJURAN MEREKA YANG BERTIMPA - TIMPA DENGAN CERITA FITNAH AKIBATNYA DOSA YANG MEREKA DAPAT.

    TERIMA KASIH DIATAS KEHADIRAN BRO TUAH DAN HANIZAM KE BLOG TEMAN...DAH LAMA TEMAN TAK MENULIS AKIBAT KESIBUKAN KERJA.

    BalasPadam
  4. Satu soalan yang bagus untuk membuka mata kita semua.....

    Kawan pun dah mintak maaf dengan Tun Mahathir pasal dulu sokong DSAI dan kutuk Tun.....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda