Sabtu, 3 April 2010

SETAHUN YANG MELEGAKAN DIBAWAH DATO' SERI NAJIB


Najib terus diterima: Kajian
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/04/03

Rakyat puas hati corak pentadbiran walaupun pelbagai isu, insiden tercetus

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap setahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam dan kepemimpinan serta pentadbirannya terbukti diterima rakyat walaupun pelbagai isu dan insiden tercetus sejak beliau menduduki jawatan itu 12 bulan lalu.

Berdasarkan kajian Merdeka Center yang berpejabat di Bangi, kira-kira 68 peratus rakyat negara ini berpuas hati dengan kepemimpinan beliau sebagai Perdana Menteri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, April tahun lalu.

berita penuh layari Beritaharian online 3.4.2010

MELEGAKAN, itu lah yang dapat di katakan oleh teman sepanjang Dato' Seri Najib menerajui negara selepas peralihan jawatan secara berhemah dari Pak Lah.

Bertepatan apa yang ditulis didalam buku beliau "HELMING THE TIMES", "To eliminate weakness, rise to challenges, mobilise changes, develop the future", bukti Najib cakap serupa bikin.

Berbagai strategi - strategi baru dan berani yang diatur oleh Najib bagi melonjakkan negara agar setanding dengan negara maju di dunia ini jika dilihat tiada cuti dan masa lagi buat Najib cara bekerjanya yang disokong agresif oleh semua Menteri kabinet beliau.

HARAPAN dan PENGHARAPAN yang dilontarkan kepada rakyat dan dalam masa yang sama Najib telah merealisasikan beberapa perkara yang diperkenalkan, maka Najib bukan "cakap tak serupa bikin", berbeza dengan pimpinan pembangkang yang memberi harapan dan pengharapan juga kepada rakyat, tetapi yang berlaku umpama "memukul tong kosong", bising yang lebih isi nya tiada.

Seperti Gagasan 1Malaysia yang di lakukan secara amat serius telah menampakkan kemajuannya atas prinsip Najib "Rakyat tidak boleh lagi sekadar bertolenrasi dalam negara yang majmuk seperti sebelum ini, keseluruhan rakyat semua kaum wajib menerima bahawa secara realiti kita adalah sebuah keluarga besar yang tinggal di dalam negara yang satu bernama Malaysia" maka kita harus menerima tiada perbezaan warna kulit lagi, semuanya adik beradik serumah, sekaligus perpaduan tidak mudah dinodai oleh mereka yang tak bermoral.

KPI, NKRA yang diperkenalkan sudah dilaksanakan dengan semua bersatu hati untuk meningkatkan mutu pencapaian selaras dengan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", seluruh jentera kerajaan bekerja kearah dan satu matlamat.

RMK 10 yang akan bermula pada 2011 hingga 2015 salah satu menetapkan bahawa setiap projek untuk kepentingan rakyat harus diutamakan dengan menetapkan "due date" yang harus dilaksanakan oleh Menteri, Timbalan Menteri dan Kementerian agar kesejahteraan dinikmati oleh rakyat dan projek dilaksanakan mencapai 'value for money".

MEB sedang rancak diusahakan semata - mata untuk rakyat, agar negara menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dari pendapatan berkapita US7,500 berpindah kepada US15,000, usaha murni ini akan meletak rakyat yang bekerja akan memperolihi pendapatan yang tinggi seperti negara maju lain Jepun, Korea, US dsbnya, bermakna contohnya seorang pekerja sapu sampah di DBKL akan menerima gaji permulaan RM2,000 - RM2,500 dan setiap hujung tahun mampu melancong ke luar negara kerana mempunyai kelebihan kewangan dalam simpanan, seperti pelancong - pelancong negara maju yang melancong di Malaysia yang hanya berkerja sebagai buruh di negara mereka. ini lah yang hendak dilakukan oleh Najib.

Dalam masa yang sama berbagai - bagai usaha yang seribu satu macam yang wujud didunia ini turut dilaksanakan seperti biasa dalam mengisi tanggungjawab selaku pemimpin negara. Kita selaku rakyat yang keluar pagi, balik petang, hujung minggu bercuti dengan keluarga, menjalani kehidupan sekadar memberi komitmen pada keluarga seharusnya memberi penumpuan sokongan kepada Najib agar segala strategi - strategi yang dirangka menjadi harapan dan pengharapan kita semua yang bukan "cakap tak serupa bikin" malah ada yang telah dilaksanakan dan berjalan laju akan kita semua menadah seperti " tak cukup tapak tangan nyiru ditadahkan" kerana hasilnya kita yang akan nikmati bersama.

1 ulasan:

  1. KAWAN YAKIN DENGAN KEPIMPINAN DS NAJIB AKAN MEMBAWA MALAYSIA KEARAH HALUAN YANG BETUL DAN LEBIH CEMERLANG.

    OH YA...TENTANG PRK HULU SELANGOR..

    KITA PASTIKAN DAN KITA KASIK PKR HULU SELANGOR TERSUNGKOR MENYEMBAH DI BUMI HULU SELANGOR.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda