TAHNIAH!!! dirakamkan kepada DS Samy Vellu yang telah memecah rekod Malaysia sebagai pemimpin parti yang terlama selama 31 tahun memegang jawatan Presiden MIC yang telah mengatasi pemimpin UMNO seperti Tun Mahathir apatah lagi Presiden parti utama lain sama ada MCA, GERAKAN, PPP, PAS, DAP yang telah menganti kepada pemimpin lain walau pun masih berkemampuan.
Majlis penganugerahan Presiden terlama sepatutnya diadakan untuk mengihtiraf Samy sebagai Presiden terlama agar tercatat didalam Guiness of record.
Selain itu Samy juga harus diberi penganugerahan diatas pencapaiannya yang juga telah memecah rekod Malaysia memecat pegawai, ahli CWC dalam masa yang singkat.
Persoalan, UMNO pernah mengantung keahlian Ketua UMNO Bahagian, Dato Ismail kerana melanggar etika Parti dengan mengkritik pemimpin parti komponen lain, sedangkan Samy hanya mendiamkan diri apabila anak kesayangannya yang juga ahli CWC yang baru dilantik oleh beliau menuduh UMNO dalang perpecahan dalam MIC manakala Ketua Pemudanya mengugut untuk mengkaji kerjasama MIC dalam BN.
Mengapa ini semua berlaku? persoalan yang perlu kita sama - sama fikirkan dalam keadaan BN yang dikatakan kurang mendapat sokongan pengundi, satu demi satu krisis parti komponen selepas MCA kini MIC berlaku, selepas ini Parti mana pula?
Kita tidak menafikan semua pemimpin tertinggi parti dalam BN telah menabur jasa dan budi untuk negara, ada yang telah berbalas jasa nya, ada yang terlebih - lebih terbalas jasanya, ada yang tak terbalas jasanya, ada juga yang dilupai jasa nya tetapi dalam satu sudut kepimpinan perlu ada konsep berkorban dan terkorban, memberi peluang kepada pelapis yang mungkin lebih baik lagi dari sebelumnya.
Pandangan penulis DS Najib selaku Presiden BN perlu tegas dan berani dalam memimpin, menegur pemimpin tertinggi BN, perlu mengawal tingkah laku mereka dan yang patut berundur DS Najib harus berani meminta mereka - mereka ini untuk bersara manakala anak Samy dan Ketua Pemuda MIC perlu diambil tindakan tegas tidak "double standard" demi Parti dan rakyat walau pun pahit ditelan juga, kerana mereka duri dalam daging.