Isnin, 31 Mei 2010

SAMY SUDAH MEMECAH REKOD MALAYSIA!!!


TAHNIAH!!! dirakamkan kepada DS Samy Vellu yang telah memecah rekod Malaysia sebagai pemimpin parti yang terlama selama 31 tahun memegang jawatan Presiden MIC yang telah mengatasi pemimpin UMNO seperti Tun Mahathir apatah lagi Presiden parti utama lain sama ada MCA, GERAKAN, PPP, PAS, DAP yang telah menganti kepada pemimpin lain walau pun masih berkemampuan.

Majlis penganugerahan Presiden terlama sepatutnya diadakan untuk mengihtiraf Samy sebagai Presiden terlama agar tercatat didalam Guiness of record.

Selain itu Samy juga harus diberi penganugerahan diatas pencapaiannya yang juga telah memecah rekod Malaysia memecat pegawai, ahli CWC dalam masa yang singkat.

Persoalan, UMNO pernah mengantung keahlian Ketua UMNO Bahagian, Dato Ismail kerana melanggar etika Parti dengan mengkritik pemimpin parti komponen lain, sedangkan Samy hanya mendiamkan diri apabila anak kesayangannya yang juga ahli CWC yang baru dilantik oleh beliau menuduh UMNO dalang perpecahan dalam MIC manakala Ketua Pemudanya mengugut untuk mengkaji kerjasama MIC dalam BN.

Mengapa ini semua berlaku? persoalan yang perlu kita sama - sama fikirkan dalam keadaan BN yang dikatakan kurang mendapat sokongan pengundi, satu demi satu krisis parti komponen selepas MCA kini MIC berlaku, selepas ini Parti mana pula?

Kita tidak menafikan semua pemimpin tertinggi parti dalam BN telah menabur jasa dan budi untuk negara, ada yang telah berbalas jasa nya, ada yang terlebih - lebih terbalas jasanya, ada yang tak terbalas jasanya, ada juga yang dilupai jasa nya tetapi dalam satu sudut kepimpinan perlu ada konsep berkorban dan terkorban, memberi peluang kepada pelapis yang mungkin lebih baik lagi dari sebelumnya.

Pandangan penulis DS Najib selaku Presiden BN perlu tegas dan berani dalam memimpin, menegur pemimpin tertinggi BN, perlu mengawal tingkah laku mereka dan yang patut berundur DS Najib harus berani meminta mereka - mereka ini untuk bersara manakala anak Samy dan Ketua Pemuda MIC perlu diambil tindakan tegas tidak "double standard" demi Parti dan rakyat walau pun pahit ditelan juga, kerana mereka duri dalam daging.

6 ulasan:

  1. Majlis Anugerah kene tunggu sampai dia pencen. Bila dia pencen ek?

    aku yang bingai
    e-Direktori Bloggers Malaysia

    BalasPadam
  2. Salam bro,

    Bila dia stepdown, anak akan ambil alih kot. Lepas ni kena buat satu lagi anugerah - keluarga yang paling lama mengetuai MIC dalam sejarah dunia pulak.

    BalasPadam
  3. UMNO adalah Melayu - yang hanya berani sesama sendiri namun bila berhadapan dengan orang lain mereka akan takut dan kecut telor, inilah hakikatnya pemimpin sekarang ini

    BalasPadam
  4. kita oldel satu lori bunga manggal kasi sama ini samy..jaga2 jgn sampai mati timbus bunga sudah la aneee

    BalasPadam
  5. SALAM,TQ PADA SAHABAT2 YANG MENINGGALKAN KOMEN,

    YANG PENING DS NAJIB, SATU PERSATU TINGKAH LAKU BURUK PRESIDEN PARTI KOMPONEN BERLAKU, TERFIKIR KITA MEREKA INI NAK KUAT KAN BN KE ATAU NAK KUAT KAN PAKATAN.... KERISAUAN KUT2 ADA PAKATAN SULIT DILUAR NEGARA UNTUK JATUHKAN UMNO KUT?

    BalasPadam
  6. Salam, bro TQ atas hadir ke blog teman.

    AI(Anwar) teman kini hanya sebutkan AI saja, sebabnya teman baru balik dari UAE, Arab Saudi dan Tehran Iran, dalam itu teman bertemu dgn seorang ulama dari arab saudi yang menceritakan mengenai kisah orang main belakang, nasihat dia jangan lansung disebut namanya kerana jika kita sebut kita juga tergolong dilaknati Allah S.W.T, kerana bangsa yang main belakang zaman Nabi Luth dilaknati Allah S.W.T.dan dia membayangkan pada teman punya lah Allah laknati sehinggakan seleruh penduduk di bandar sodom dan ghamurah yang tak terlibat dgn main pungkok pun mati di hempap bumi, sampai begitu sekali Allah murka, sama2 kita fikirkan.

    AI kartun buat cadangan TPM, DIA SEPATUTNYA MENCADANGKAN JAWATAN PM BERKONGSI DENGAN DAP ADA PM II, BARU LAH ANAK JANTAN.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda