Rabu, 27 Oktober 2010

IMEJ PAS DI GALAS - MENANTI BUAH YANG BERDENTUM GUGURNYA

si kambing ni dimana letak cap kepala Ni A Jis?.. kat telor kut!
DULU setiap Pilihanraya sama ada Umum atau Kecil , ada saja di ceramah mahupun di Sepanduk dan risalah tuduhan bahawa UMNO dan BN sentiasa dilebelkan oleh PAS dengan fitnah sebagai parti rasuah, parti kain pelikat, parti yang meluluskan projek - projek ketika Pilihanraya dan sebagainya strategi yang digunakan semata - mata untuk menjatuhkan imej BN demi mendapat keuntungan politik dari pengundi.

KINI PAS umpama terkena BADI akan fitnah yang dilemparkan selama ini terhadap BN terpacak anak panah ke tubuh badan sendiri seperti "Sekiranya kita mengkafirkan orang muslim lain umpama kita melepaskan busur panah, anak panah terbalik menikam diri sendiri".

Tersebar di Galas Kerajaan PAS Kelantan telah memberi kelulusan Tanah dan Geran Tanah Mi segera pada Pengundi Galas, yang amat mengejutkan penduduk kerana berkurun menanti umpama menanti buah yang tak akan gugur, kini kerana PRK akhirnya GUGUR juga buah tersebut.



Dikala ini juga penduduk menerima surat kelulusan Ladang Rakyat malah yang paling MELAWAKKAN dalam masa sama sekaligus telah mendapat dividen hasil kelapa sawit Ladang Rakyat, yang tak dapat dikesan ladang kelapa sawit kawasan mana yang telah diusahakan dan telah mereka miliki, yang telah mengeluarkan hasil, mengejutkan penduduk kerana selama berkurun - kurun tiada buah yang akan GUGUR, akhirnya GUGUR juga buah di PRK Galas.

Nak kena sumpit beruk tua ni!!!!
Paling mengejutkan selama ini masyarakat orang Asli di Galas terpingga - pingga dihalau dari kampong mereka kerana tanah yang mereka usahakan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Syarikat Taukey luar Kelantan untuk projek Ladang Rakyat hingga gondol teruk tanah lojing, menyedihkan selama ini semua ketahui bahawa ianya"bukan LADANG untuk rakyat tapi LADANG untuk Syarikat yang diistilahkan oleh PAS sebagai rakyat juga".

Baja Cap Kepala Ni A Jis
Ketika ini juga lah buah selama ini tidak GUGUR akhirnya GUGUR berdentum - dentum, apabila Ni A Jis menyampaikan sumbangan Benih Kambing, Lembu, Baja cap kepala Ni A Jis dan sebagainya kepada penduduk kononnya menjalankan "KEMPEN PERTANIAN" yang selama ini tidak diambil peduli langsung oleh Kerajaan Kelantan terhadap nasib mereka. menjadi persoalan dikalangan pemerhati politik dan rakyat, bagaimana Kerajaan Kelantan selama ini menunjukkan mereka kerajaan marhain tiba - tiba apabila berlaku PRK umpama berbelanja seperti orang kaya baru yang baru kena LOTERI.

Keropok Cap Kepala Ni A Jis
Paling melawakkan lagi apabila sehingga sanggup juga memberi suapan KEROPOK NI A JIS, jika dulu BN dikatakan memberi rasuah "Kain Pelikat" untuk membeli undi TETAPI KINI PAS sudah mendahului dan memecah rekod dengan memberi rasuah KEROPOK.


DULU Masjid dijaga dengan adap dan sopan akan kesuciannya, malah BN tidak sekali - kali menggunakan Masjid untuk tujuan politik kepartian. KINI Masjid menjadi mangsa kebiadapan manusia yang mengaku Islam tulen dengan sanggup menghalalkan Masjid sebagai tempat bergelempangan, terkangkang, tertiarap, merekut, mengiring dan berkemban tuala tanpa sebarang rasa malu dan tak bermaruah apa yang mereka lakukan didalam Masjid (BAYANGKAN JIKA YANG MELAKUKAN ADALAH ORANG BN, MUNGKIN BAGAI TSUNAMI KUTUKAN DAN FATWA DILEMPARKAN).

Adakah ini menunjukkan bahawa PAS telah menukar imej keislaman kepada liberal, selama ini BN yang dituduh sedemikian, PAS menjadikan methodologi yang digunakan untuk memancing undi di Galas MAKA strategi merasuah pengundi dengan berbagai - bagai gula - gula dan madu.

KINI faham lah penulis bahawa PAS akhirnya akur akan hasutan SETAN bahawa RASUAH harus dilakukan untuk mempastikan kuasa tidak terlepas dari tangan, akhirnya apa jadi.....jadilah..... MATLAMAT TETAP MENGHALALKAN CARA.

p/s : sebab itu jangan mengata kerana mengata umpama kita memakan daging saudara kita sendiri ataupun kata paku dulang yang serpih.

GALAS BERSAMA BN

6 ulasan:

  1. Salam,

    "mendapat dividen hasil kelapa sawit Ladang Rakyat, yang tak dapat dikesan ladang kelapa sawit kawasan mana yang telah diusahakan"

    Ladang dilangit kot, sebab tu tak nampak, tiba2 ada hasil, fuhhh :)

    BalasPadam
  2. Salam, Junah Kerajaan langit hahaa

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... terkejut saya lihat sikap - sikap orang PAS, selama ini masyarakat melayu tertipu.

    BalasPadam
  4. Islam dipermainkan, diperlawakkan, diperbodohkan, bagaimana agama lain nak menghormati Islam, Parti bangsa lain kita tak dngar Paderi atau sami mereka mempermainkan agama mereka kecuali orang Islam sendiri, keseluruhan ahli - ahli pas sepatutnya bertaubat diatas kerosakan yang mereka telah laku kan.

    BalasPadam
  5. Salam, sdr Wali, saya setuju sangat dgn pandangan sdr, sudahlah dimata dunia Islam itu dipandang rendah tak bermaruah, dikalangan rakyat kita bangsa - bangsa lain pun sekarang ni dah jadikan Islam sebagai bahan lawak melihat Islam di pergunakan sebegitu rupa. kita sama - sama doakan agar puak2 ini balik kepangkal jalan.

    BalasPadam
  6. Sala,. tanpa nama, bantu sedarkan saudara - saudara kita, bahawa Islam itu syumul Islam itu ADdin, PAS itu sekadar parti politik yang mahukan sokongan untuk memegang kuasa pemerintahan yang setaraf dengan mana - mana parti politik di Malaysia mahupun dinegara - negara lain, boleh bergaduh untuk dapat kuasa.

    TQ kerana hadir blog saya.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda