Rabu, 24 November 2010

BLOGGERS, KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERSAMPAN DILAUTAN DALAM, MOH!!! KITA TERUSKAN PERJUANGAN!!!!


Mewujudkan blog politik adalah perkara yang paling sukar dalam bidang bloging. Kita akan merasai kehilangan ramai sahabat-sahabat disebabkan pendapat yang berlainan dalam aliran politik yang tak sama. Kadang kala mereka ini akan menjadi musuh kita pula dengan melemparkan segala macam fitnah terhadap peribadi kita. Sebaliknya yang bagusnya kita akan jumpa sahabat-sahabat dari alam maya yang belum kita kenali. Satu jalinan persahabatan erat yang baru dengan sahabat-sahabat ini akan wujud, walau pun kia tak pernah bersua muka. Sahabat-sahabat ini lebih memahami wadah perjuangan kita yang sebanr daripada sahabat-sahabat yang lama berkawan secara peribadi dengan kita.

Kini dengan adanya akses internet ramai rakyat yang minat dalam bidang politik ini mempunyai akses internet untuk menyelidik, analisa dan membuat keputusan dalam sesuatu isu politik negara. Inilah punca media konversional seperti surat khabar yang punyai sehaluan tidak lagi dapat sambutan dari golongan ini. Mereka tidak mahu baca buku kerana kulit bukunya yang cantik atau pun pendapat yang telah dipengaruhi oleh pihak yang lain menyebabkan tidak dapat kenuetralan dalam pendapat konsep politik.Maka wujud blog politik yang mengambil tempat mereka.

Blogers yang baik tidak boleh jadi ajen untuk parti politik untuk berkempen. Blog perlu mewujudkan suasana pemikiran yang baik untuk anak muda dan juga pengunjung dari segala lapisan masyarakat. Walau pun kita berpihak kepada parti politik yang kita sukai dan minati dan berpihak kepada parti politik tersebut tetapi jangan menolak andaian bahawa ada juga pengunjung dari parti lawan ingin membaca atikal dalam blog anda. Maka atikal kita perlu diimbangi dan betul. Segala isi hati kita yang ikhlas berjuang untuk bangsa melayu itu perlu dideahkan dengan ikhlas. Keikhlasan akan memanah pancaran cahaya untuk pembaca hayati pemikiran kita. Apa yang anda perlu utarakan ialah hak anda dan pihak pembaca juga punyai hak untuk menentang pendapat anda.Jangan jadikan blog anda seperti poster kempen pilihanraya yang hanya laku pada musim pilihanraya. Blog perlu sentiasa hidup segar sepanjang musim dengan nukilan-nukilan ilmiah politik yang baik dan menyedarkan pembaca tentang perjuangan Melayu. Kadangkala kita berdebat tentang sesuatu isu mengikut pendapat buah berfikiran kita tetapi perlu hormat dan menghormati pihak lawan perlu ada. Kita perlu memahami dan menghormati pendapat lawan dan pihak lawan pula pasti menghormati pendapat kita.

Yang paling penting jangan sekali keciwa dan putus-asa apabila tidak meraih keuntungan dari berblogging ini.Tak perlu tukar blog anda menjadikan alat untuk kempen politik mengikut musim. Lupakan ini. Erti Perjuanagan sebenarnya ialah kasih sayang di antara manusia. Perjuangan wujud kerana kita kasihkan bangsa Melayu supaya jangan tergadai maruahnya di Tanah Pusakanya sendiri. Inilah perjuangan yang sebenar. Bina kembali reputasi bloger yang disegani bukan bloger yang sensasi dengan berita tergempar memanjang banyak menulis fitnah, tipu daya, menjatuhkan barisan pejuangnya sendiri, menikam belakang kawan seperjuangan. Fitnah ada di mana-mana. Bagaimana kita perlu elakan fitnah itu yang perlu kita pelajari dan diikuti. Bagi bloger Perak janganlah keciwa..Rasullullah s.a.w dan sahabat-sahabat berjuang untuk menegakan agama Islam mengambil masa lebih 40 tahun dan berjaya jadikan sebuah negara Islam yang hebat dan tercipta satu empayar Islam yang di geruni oleh kaum kafirin. Pengorbanan untuk perjuangan kepada bangsa sendiri besar pahalanya kalau berjuang dengan ikhlas. Allah s.w.t jua tempat kita bersandar kerana manusia yang penuh dengan nafsu, jarang sekali boleh beri balasan yang setimpal. Lupakanlah manusia-manusia durjana yang buat fitnah itu.... biar kita mohon kebaikan dan keampunan untuk mereka.Wassalam.

TERUSKAN PERJUANGAN

Pautan dari Blog Sekupangdua Nukilan Mohamad Roslan, nama pena MAMAK PENANG

Komen Penulis, Teman setuju dengan pandangan Mamak Penang (izinkan teman mengunakan nama Mamak Penang), "Kita menulis bukan kerana nama" ewah ambil barisan lagu pulak, apa pun penulisan kita teman percaya kebanyakannya terlebih dahulu telah meletakkan nawaitu masing - masing kerana ALLAH S.W.T.
kita menulis tidak sekali kerana individu tertentu, jika ada, haruslah kita fikirkan kembali tindakan kita dan kita perbetulkan agar penulisan kita tidak tercatit oleh Malaikat di bahu kiri kita kelak, kerana semua maha ketahui setiap tindakan kita akan dihisab kelak. Nukilan Mamak Penang sebagai otai utara harus sama - sama kita renungkan yang pasti segala penulisan kita dinilai oleh ALLAH S.W.T dan seharusnya ia beridentitikan perkara yang benar dan berhemah demi kebaikan pembaca terutamanya untuk kebaikan negara tercinta, ingatlah!!! dimana bumi dipijak disitulah langit kita junjung bagi kita yang sedar siapa diri kita, macam bloggers pembangkang teman tak ambil kira sebab mereka "tak tahu dimana mereka pijak dan apa yang mereka junjung.

YANG PASTI PERJUANGAN BARU BERMULA DAN IA HARUS DITERUSKAN.

6 ulasan:

  1. KITA KEHILANGAN SORANK BLOGGER TERBAIK IAITU KUMBANG YG AMIK KEPUTUSAN BERSARA..SEDEYY BROOO

    BalasPadam
  2. Salam,

    Kalau nak jaga hati member rahsiakan saja identiti jadi batman di alam cyber. lawan-lawan juga, ukhuwah harus kita jaga.

    BalasPadam
  3. Bagi kawan, apa nak dijaga hati orang lain, kalau sudah tidak sehaluan.... kan lebih baik jangan berblog kalau takut dilambung ombak...

    BalasPadam
  4. Salam,betoi bro Jef, apabila kekawan bersara kita turut sedih tapi pisau dan timun ditangan dia, kita harap dia terus ber sokongan kepada kita dan BN.

    Bro Junah dan AYG, kita anggap lah kita ni umpama lilin, unt menerangi orang lain kita bakarkan diri kita, banyak pergorbanan yg terpaksa kita korbankan seperi masa, logistik, keluarga, otak, wang ringgit seperti bil dan sebagainya tanpa dapat upahan dari mana2 pihak kerana kita anggap inilah sumbangan kita dan inilah ibadah kita.

    TQ bro semua kerana memberi komen.

    BalasPadam
  5. Mat bunga... Selalunya dalam hati ada taman....

    Nak bagi wang ringgit... X punya....Sekadar jari2 tua yang menaip....

    BalasPadam
  6. SALAM, BRO ISAC FALSAFAH!!!!! BETOI TU, JARI YANG DAH KASAR DIHUJUNG NYA.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda