Selasa, 22 Februari 2011

DATO' SERI AHMAD HUSNI - PEMIMPIN PERIHATIN


YBMKII MENINJAU PROJEK GELANGGANG RAKYAT RPT JELAPANG JAYA


YBMKII MENUNJUK PAPAN TANDA PROJEK GELANGGANG RAKYAT AHLI PARLIMEN TAMBUN


YBMKII MELIHAT TEMPAT MENGAMBIL WUDUK SURAU BARU RPT JELAPANG JAYA


YBMKII MENUNJUK BALAI LINTANG DI SURAU RPT JELAPANG JAYA


YBMKII MENINJAU PROJEK PASAR BARU KG MANJOI


YBMKII MELIHAT GERAI DI PASAR BARU KG MANJOI

Seorang pemimpin yang amat perihatin, tanpa mengatur majlis resmi, tanpa pengetahuan pemimpin tempatan malah tanpa pengetahuan masyarakat setempat, YB Dato Seri Ahmad Husni turun bagi meninjau dan melawat secara peribadi Projek - projek pembangunan di kawasan beliau agar memastikan projek tersebut terlaksana dengan baik demi kepentingan rakyat di kawasannya.

Tanpa dimaklumkan kepada sesiapapun, beliau spontan melawat salah satu daripada 16 buah Projek Pembinaan Gelanggang Rakyat di RPT Jelapang Jaya bernilai RM150,000 untuk kegunaan golongan muda dan belia, beliau juga melawat projek pembinaan Surau Baru RPT Jelapang Jaya yang siap dibina bernilai RM450,000 yang amat dinanti - nantikan penduduk RPT Jelapang Jaya.

Tanpa majlis rasmi YB Dato Seri Ahmad Husni sempat melawat tanpa diiringi oleh pemimpin dan masyarakat tempatan meninjau projek pembinaan Pasar Baru Manjoi yang 99% hampir siap dibina bernilai RM450,000 agar memastikan Pasar tersebut dapat memberi manafaat kepada peniaga dan masyarakat Gugusan Manjoi mengikut perancangan.

Ini lah pemimpin berjiwa rakyat, inilah pemimpin yang amat perihatin, ini lah pemimpin yang simple, pemimpin yang amat disukai oleh masyarakat di Parlimen Tambun, pemimpin ini harus dicontohi oleh semua pemimpin - pemimpin lain agar kehendak Perdana Menteri tercapai melalui gagasan "Rakyat Didahulukan Pencapaian diutama".

Sepanjang lawatan di 3 buah projek tersebut beliau berpuashati dengan pembinaan tersebut dan berharap agar rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut dan beliau berbangga kerana terjadinya pembangunan tersebut melibatkan kerjasama dan usaha bersama semua pihak dari suara masyarakat ke pemimpin tempatan di kemukakan kepada Wakil Rakyat ke Ahli Parlimen sehingga kepada Kerajaan Persekutuan, maka terlaksana lah projek - projek tersebut.

Seharusnya apabila seorang pemimpin yang baik seperti ini berada di Parlimen Tambun, Pembangkang seperti PAS tidak perlu bertanding atau menganggu kawasan Parlimen Tambun yang mempunyai 2 DUN Manjoi dan Hulu Kinta apabila tiba musim Pilihanraya, baru lah wujud kepercayaan bahawa pembangkang hanya menentang kemungkaran, persoalannya, kenapa PAS dan pembangkang yang baik pun ditentang????. sama - sama kita fikirkan.

Jumaat, 11 Februari 2011

KES MAHKAMAH -SEMUA RAKYAT SELANGOR PUN LAYAK MENUNTUT BAYARAN GUAMAN!!!!

EKORAN DARI KEPUTUSAN KHALID GAGAP DAN EXCO - EXCO SASAU PAKATAN RAKYAT MEMBERI HAK KEISTIMEWAAN KEPADA SUHAIMI DENGAN MEBIAYAAI KOS GUAMAN YANG DIBARISI DENGAN LAWYER BURUK - LAWYER BURUK PAKATAN RAKYAT DIATAS KES SERIUS MENDERHAKA KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR AMAT MENGEMBIRAKAN RAKYAT SELANGOR.


MEREKA JUGA BERHAK, MEREKA JUGA RAKYAT SELANGOR MALAH MEREKA YANG MENGUNDI PAKATAN RAKYAT HINGGA BARISAN KHALID GAGAP DAN WAKIL - WAKIL RAKYAT SASAUNYA MENDAPAT MENDUDUKI KERUSI EMPUK MALAHAN JIKA ADA KES DI MAHKAMAH PUN AKAN DIBIAYAI OLEH KERAJAAN SELANGOR MAKA MEREKA JUGA LAYAK MENDAPAT PEMBIAYAAN UNTUK BAYARAN GUAMAN APATAH LAGI KESALAHAN MEREKA BUKAN KESALAHAN BESAR "MENDERHAKA KEPADA RAJA".


OLEH ITU SELURUH RAKYAT SELANGOR YANG BERHADAPAN DENGAN KES MAHKAMAH BOLEH LAH PERGI BERAMAI - RAMAI PERGI KE PEJABAT KHALID GAGAP ATAU PEJABAT WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT MASING - MASING UNTUK MENUNTUT HAK TERISTIMEWA DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.


TUNTUT LAH HAK ANDA SEBAGAI PENGUNDI PAKATAN RAKYAT!!!! JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA.

Selasa, 8 Februari 2011

MISI BAWA PULANG PELAJAR MESIR - MANA PAS? MANA PKR? MANA DAP? , KERAJAAN BN JUGA YANG BERTUNGKUS LUMUS!!!!

Ops Piramid bukan misi politik


Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan Muhyiddin Yassin menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang tiba di KLIA, Sepang, menaiki pesawat MAS di bawah Ops Piramid, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

"Dan ini misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.

berita penuh di pautan utusan online 8.2.2011


KOMEN PENULIS,

Kerajaan yang perihatin saja yang bertungkus lumus untuk memastikan pelajarnya dan ibubapa dan keluarga yang rakyat negaranya mendapat pembelaan dan bantuan tanpa mengira idiologi politik pelajar dan keluarga tersebut malah pembelanjaan belajar di Mesir pun atas bantuan kerajaan melalui JPA, MARA, PTPTN, GLC dan sebagainya.

Betul kata pepatah "Kawan waktu senang memang senang dicari, Kawan waktu susah, susah dicari", itu lah yang boleh penulis rumuskan, apabila semasa senang, puak2 PAS, PKR dan DAP akan berebut - rebut ke luar negara atas misi dan ditanggung oleh Parti masing - masing untuk pergi keluar negara bertemu dan berceramah dengan pelajar2 di luar negara menyebar fitnah dan pembohongan, menghentam dan memaki UMNO dan BN, memaki hamun Kerajaan Malaysia, tiada sehuma pun jasa bakti, semua nya tak betul, sana tak betul, sini tak betul, situ tak betul.

Kini apabila dalam keadaan susah, hilang!!!! ghaib!!!! soh!!!! lenyap!!!! kawan - kawan puak2 Parti yang datang waktu senang, mana? mana? mana? PAS, PKR, DAP?????, 11,000 pelajar di Mesir dalam kesusahan kenapa tak dibela? kenapa tak dibantu? kenapa tak di tolong? ADAKAH SEMASA SENANG SAJA BOLEH BERUSAHA KELUAR NEGARA BERTEMU PELAJAR MESIR TETAPI KENAPA SEMASA MEREKA SUSAH BATANG HIDUNG TAK NAMPAK? malah Kerajaan Kedah pun senyap sunyi tak mampu untuk bantu pelajar rakyat Kedah di Mesir berbanding Sabah, Johor, Melaka, Perlis, Perak, Terengganu.

AKHIRNYA!!!!!!, YANG DIKATAKAN MUSUH, YANG DIKATAKAN BUKAN KAWAN, YANG DIKATAKAN LAWAN JUGA YANG TAMPIL KEHADAPAN MENUMPU SELURUH KEKUATAN SECARA TERSUSUN MENJELMA DIDEPAN MATA PELAJAR - PELAJAR MESIR YANG DALAM KESUSAHAN MENGHULUR BANTUAN MEMBAWA PULANG PELAJAR KE MALAYSIA TANPA MENGELUARKAN WANG RINGGIT MALAH IBUBAPA DI TANAHAIR HANYA MENGIRINGI DOA YANG DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T. MAKA OPS PIRAMID CIPTAAN DS NAJIB YANG MENDAPAT SOKONGAN DARI KERAJAAN KAHERAH, JEDDAH BERJAYA TERCAPAI TANPA SEBARANG MASALAH DENGAN BIJAKSANA MENGURUS KRISIS.

Hanya pandai menunding, hanya pandai berceramah, hanya pandai memfitnah, hanya pandai berpropaganda, hanya pandai adu domba, itulah rumusan yang penulis dapat huraikan dari peristiwa Ops Piramid terhadap PAS, PKR dan DAP yang hilangkan diri hanya mampu persembahkan sedikit lawak bodoh yang mampu keluar bagi mengambarkan kononnya usaha Kerajaan Malaysia hanya sekadar mainan Politik.

Kepada pelajar - pelajar yang terlibat mahu pun yang tak terlibat, buka lah mata, buka lah hati, buka lah minda dan nilaikan lah siapa kawan dimasa susah, siapa kawan dimasa senang, siapa lawan, mana intan permata dan mana batu api.

Kepada DS Najib dan Jamil Khir serta semua Menteri Kabinet yang terlibat serta agensi - agensi terlibat sekalung tahniah dirakamkan diatas tindakan yang penuh diplomasi dan profesional hingga berjayanya Ops Piramid.

Tahniah pada semua Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

KITA BUKAN SEKADAR CAKAP, KITA CAKAP, KITA BUAT DAN KITA BERDOA!!!