Selasa, 22 Februari 2011

DATO' SERI AHMAD HUSNI - PEMIMPIN PERIHATIN


YBMKII MENINJAU PROJEK GELANGGANG RAKYAT RPT JELAPANG JAYA


YBMKII MENUNJUK PAPAN TANDA PROJEK GELANGGANG RAKYAT AHLI PARLIMEN TAMBUN


YBMKII MELIHAT TEMPAT MENGAMBIL WUDUK SURAU BARU RPT JELAPANG JAYA


YBMKII MENUNJUK BALAI LINTANG DI SURAU RPT JELAPANG JAYA


YBMKII MENINJAU PROJEK PASAR BARU KG MANJOI


YBMKII MELIHAT GERAI DI PASAR BARU KG MANJOI

Seorang pemimpin yang amat perihatin, tanpa mengatur majlis resmi, tanpa pengetahuan pemimpin tempatan malah tanpa pengetahuan masyarakat setempat, YB Dato Seri Ahmad Husni turun bagi meninjau dan melawat secara peribadi Projek - projek pembangunan di kawasan beliau agar memastikan projek tersebut terlaksana dengan baik demi kepentingan rakyat di kawasannya.

Tanpa dimaklumkan kepada sesiapapun, beliau spontan melawat salah satu daripada 16 buah Projek Pembinaan Gelanggang Rakyat di RPT Jelapang Jaya bernilai RM150,000 untuk kegunaan golongan muda dan belia, beliau juga melawat projek pembinaan Surau Baru RPT Jelapang Jaya yang siap dibina bernilai RM450,000 yang amat dinanti - nantikan penduduk RPT Jelapang Jaya.

Tanpa majlis rasmi YB Dato Seri Ahmad Husni sempat melawat tanpa diiringi oleh pemimpin dan masyarakat tempatan meninjau projek pembinaan Pasar Baru Manjoi yang 99% hampir siap dibina bernilai RM450,000 agar memastikan Pasar tersebut dapat memberi manafaat kepada peniaga dan masyarakat Gugusan Manjoi mengikut perancangan.

Ini lah pemimpin berjiwa rakyat, inilah pemimpin yang amat perihatin, ini lah pemimpin yang simple, pemimpin yang amat disukai oleh masyarakat di Parlimen Tambun, pemimpin ini harus dicontohi oleh semua pemimpin - pemimpin lain agar kehendak Perdana Menteri tercapai melalui gagasan "Rakyat Didahulukan Pencapaian diutama".

Sepanjang lawatan di 3 buah projek tersebut beliau berpuashati dengan pembinaan tersebut dan berharap agar rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut dan beliau berbangga kerana terjadinya pembangunan tersebut melibatkan kerjasama dan usaha bersama semua pihak dari suara masyarakat ke pemimpin tempatan di kemukakan kepada Wakil Rakyat ke Ahli Parlimen sehingga kepada Kerajaan Persekutuan, maka terlaksana lah projek - projek tersebut.

Seharusnya apabila seorang pemimpin yang baik seperti ini berada di Parlimen Tambun, Pembangkang seperti PAS tidak perlu bertanding atau menganggu kawasan Parlimen Tambun yang mempunyai 2 DUN Manjoi dan Hulu Kinta apabila tiba musim Pilihanraya, baru lah wujud kepercayaan bahawa pembangkang hanya menentang kemungkaran, persoalannya, kenapa PAS dan pembangkang yang baik pun ditentang????. sama - sama kita fikirkan.

8 ulasan:

  1. PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT..PEMIMPIN YG PRIHATIN TAK PERLU MENUNGGU RAKYAT DTG CARI TAPI DIA SENDIRI YANG DATANG KEPADA RAKYAT..KENE SEMATKAN DLM JIWA ADUN2 BN YG LAIN NIH BROO >:]

    BalasPadam
  2. Salam bro, betul bro, ada bro yg macam ni tapi boleh kira, kalau semua ADUN n MP BN macam DS Husni ni tak le teruk kita bloggers menulis.

    BalasPadam
  3. asalamualaikum penulis, saya bangga jadi anak manjoi dan mempunyai Ahli Parlimen Tambun yang kuat bekerja, di tempat saya di manjoi juga telah dibina gelangang rakyat yang serupa dan kini cukup ramai pemuda bermain disitu, saya sungguh rasa bangga dan terima kasih pada dato husni. tahniah dato. - pewaris manjoi.

    BalasPadam
  4. melawat projek cara sport check memang jarang kita temui pemimpin yg lakukan cara begini, banyak hanya apabila majlis diadakan maka disitulah ramai yang menonjolkan diri berbeza dengan cara menteri ini, begini caranya untuk menteri menlihat apa yang cacat secara terkejut.

    Di Sabah mungkin cara ini susah dilakukan oleh pemimpin kerana disatu - satu tempat agak jauh dan pendalaman.

    tahniah diucapkan kepada dato menteri kewangan kedua ini.

    BalasPadam
  5. SALAM SDR. PERWARISMANJOI TAHNIAH LAH KERANA MENDAPAT SEBUAH G/RAKYAT UNT PARA PEMUDA DAN PEMUDI, SAYA DIFAHAMKAN GELANGGANG ITU MEMPUNYAI 5 DALAM 1 TERMASUK UNTUK BELIAWANIS UNT BERIADAH.

    ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, PERIBAHASA YANG HARUS KITA GOLONGAN MUDA INGATI, MAKNANYA AJAK RAKAN2 MUDA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DAN UNDILAH DATO SERI AHMAD HUSNI AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN DATO NADZRI WAKIL RAKYAT KAWASAN MANJOI. HIDUP BN!!!!!

    BalasPadam
  6. SALAM SDR. ANON, BANYAK WAKIL - WAKIL RAKYAT BN YANG BERJASA, MALAH ADA YANG BERKERJA HINGGA TAK MENGIRA MASA DAN WANG RINGGIT.

    KADANG2 PENGUNDI SILAP BUAT PEMILIHAN, ADA TEMPAT WAKIL RAKYAT PAKATAN PEMBANGKANG BILA PILIHANRAYA SEMUA JANJI ITU DAN INI, BILA DAH DAPAT JAWATAN DAN ELAUN PUN BESAR RAKYAT DITINGGALKAN MALAH BILA RAKYAT DATANG MENGADU DIA BERI ALASAN DIA PEMBANGKANG MANA ADA DUIT AKHIRNYA RAKYAT KENYANG DENGAN JANJI DAN ALASAN.

    DALAM KEADAAN ITU PEMIMPIN BN JUGA YANG KEHADAPAN UNTUK MEMBANTU. SAMA - SAMA LAH KITA FIKIRKAN.

    BalasPadam
  7. wa caya lu lah dato husni, wa confirm undi bn buat kali pertama wa mengundi, wa sudah daftar pengundi masa kempen umno buat di dewan manjoi minggu lepas.

    BalasPadam
  8. Salam, sdr anon tahniah diatas pendaftaran sebagai pengundi muda, saya mendapat khabar kempen daftar pengundi baru yang UMNO bahagian Tambun jalankan mendapat 4000 pengundi yang mendaftar melalui program tersebut, tahniah pada semua.

    Pastikan kita menangkan BN parlimen Tambun dengan majoriti yang besar, kita ganyang pembangkang yeop!!!!

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda