Ahad, 13 Mac 2011

LAWATAN YB DATO SERI AHMAD HUSNI YG MENYENTUH HATI


ADIK MUHAMMAD NUR HAKIM DAN ADIK MUHAMMAD FAIEZ FARHAN


UPDATE BERTARIKH 25 MAC 2011


ALFATIHAH, ADIK MUHAMMAD NUR HAKIM BIN HASRAM TELAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PADA 25 MAC 2011, JUMAAT, JAM 12.45 TENGAHARI DI RUMAHNYA AKIBAT CANCER URAT SARAF. SAMA - SAMA KITA DOAKAN AGAR ADIK NUR HAKIM DITEMPATKAN BERSAMA2 MEREKA YANG SOLEH. AMIN



DS HUSNI DALAM KESIBUKAN SEMPAT SINGGAH MENZIARAHI KELUARGA ADIK NUR HAKIM PADA 26 MAC 2011 DI RUMAH BELIAU DI TAMAN KLEBANG JAYA, SEHARI SELEPAS KEMATIAN ADIK NUR HAKIM, SEBELAH KANAN DS HUSNI, ENCIK HASRAM BAPA ALLAHYARHAM MANAKALA KIRI ENCIK NORAINI KETUA UMNO CAWANGAN TMN KLEBANG JAYA.


UPDATE BERTARIKH 22MAC 2011


MERUJUK KEPADA LAPORAN PAKAR TELAH MENGESAHKAN ADIK MUHAMMAD NUR HAKIM MENGIDAP CANCER URAT SARAF, SAMA - SAMA KITA DOAKAN ADIK NUR HAKIM DAN KELUARGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN ALLAH S.W.T.

Pada 12 Mac 2011 penulis sempat mengikuti program bersama YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang juga Ahli Parlimen Tambun dan Ketua UMNO Bahagian Tambun. Seawal 8.00 pagi YBMKII mula bertolak ke kampong Seri Klebang Chemor untuk minum pagi bersama - sama dengan JKKK Seri Klebang/Chepor Dalam dan penduduk yang dihadiri oleh 200 orang pemimpin UMNO, NOG dan penduduk berhampiran kawasan tersebut.


YBMKII sedang berucap di program Minum Pagi bersama JKKK dan Penduduk Seri Klebang

Melalui maklumat yang disampaikan oleh Pengerusi Pemuda Perihatin, Sdr. Mazlan Abd Rahman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun yang telah melawat terlebih dahulu keluarga En. Hasram Uda Keling dan En. Zainuddin yang dipaparkan dibawah ini. Lebih kurang satu jam 15 minit YBMKII minum pagi bersama penduduk, YBMKII terus ke Taman Klebang Jaya yang juga dibawah pentadbiran JKKK Seri Klebang/Chepor Dalam untuk menziarahi keluarga En. Hasram Uda Keling yang amat menyayat hati seperti yang dipaparkan seperti berikut :-


YBMKII melihat perut Adik Nur Hakim di kediaman beliau

YBMKII amat hiba apabila melihat penderitaan adik Muhammad Nur Hakim berumur 15 tahun yang menghidapi sakit misteri, bermula dengan gurauan dengan rakan se kelas di sekolah adik Nur Hakim terlanggar bucu papan kenyataan di Sekolah yang akhirnya perut beliau membesar dan urat-urat kebiruan kelihatan diperut beliau sejak Oktober 2010, pihak Hospital masih menunggu keputusan penyelidikan hingga kehari ini masih belum mengenalpasti penyakit yang dihidapi adik Nur Hakim. Akhirnya :-


YBMKII sedang bercakap melalui telefon dengan Menteri Kesihatan

YBMKII terus menelefon YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan untuk meminta agar Adik Nur Hakim di masukkan ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapat rawatan rapi oleh pakar segera yang mungkin lebih 1 jam YBMKI di kediaman adik Nur Hakim. Alhamdulillah YB Dato Seri Liow terus memberi kerjasama pantas maka Adik Nur Hakim dibawa oleh Ambulan untuk dibawa ke Hospital pada petang tersebut juga dan dimaklumkan Xray telah dibuat dan beberapa Doktor sedang menjalankan pemeriksaan rapi terhadap adik Nur Hakim yang dimasukkan ke Wad 2A Hospital Permaisuri Bainun Ipoh. Sama - sama kita doakan Adik Nur Hakim kembali sihat seperti anak- anak yang lain. Selepas menyampaikan sumbangan peribadi YB Dato Seri Ahmad Husni berjumlah RM1,000 kepada En. Hasram YB MKII terus ke rumah En. Zainuddin di laluan 45 Taman Klebang Jaya juga untuk melawat adik Muhammad Faiez Farhan yang mengidap Cancer paru - paru dan tulang, amat terharu melihat penderiataan adik Faiez yang sepatutnya mengambil peperiksaan PMR tetapi tak tercapai kerana kesihatannya yang amat terganggu seperti yang dipaparkan :-


YBMKII sedang melihat tiub di perut adik Faiez


YBMKII melihat perut adik Faiez yang terpaksa mengunakan tiub bagi menjaga kesihatan beliau.



En. Zainuddin sedang menjelaskan kepada YBMKII penyakit anak beliau


En. Zainuddin menceritakan mengenai penyakit yang dihidapi oleh anak beliau adik faiez kepada YBMKII dan pada akhir pertemuan YBMKII menyampaikan sumbangan RM300 bagi meringankan bebanan En. Zainuddin.


Kedua - dua keluarga seperti En Hasram dan En Zainuddin amat terharu dan terkejut diatas kehadiran Menteri Kewangan II yang sanggup turun kebawah melawat mereka dan mengambil tahu akan nasib mereka, malah ini lah pemimpin yang tiada tandingannya yang cukup mesra dengan rakyat.


Beginilah perjalanan hidup sebagai pemimpin, YB Dato Seri Ahmad Husni dilihat amat bersemangat walaupun begitu sibuk sebagai seorang Menteri Kewangan II beliau membahagikan masa setiap hari Jumaat sejak 1995 lagi hingga kini berterusan sentiasa berada dikawasan untuk bersama dengan rakyat dan melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti yang dipaparkan kepada pembaca.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

4 ulasan:

  1. WA TABIK SPRINK KAT YB HUSNI..BKN SENANG JADI YB BEB..MENCABAR SUNGGUH. SEMOGA YB2 BN YG LAIN AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT TANPA JEMU..YEZEEKKK

    BalasPadam
  2. SALAM BRO JEF, BETOI LA BRO, TAK LETIH KE MENTERI NI ISHHH..ISHHH

    BalasPadam
  3. sungguh menyentuh hati, teruskan khidmat mu yb.

    BalasPadam
  4. antara menteri kabinet yang terbaik... prestasi cemerlang DS Husni diterjemahkan menerusi kerja dan bukan cakap-cakap bedegar di sana sini.... Tahniah....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda