Jumaat, 6 Mei 2011

GIAT MEMPERJUANGKAN RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020


DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN II

Kelas pertengahan meningkat




HANOI, Vietnam 5 Mei – Malaysia akan menyaksikan pertambahan kumpulan kelas pertengahan sebanyak 3.3 juta menjelang tahun 2020 dengan kenaikan sebanyak 260 peratus jumlah rakyat dalam kategori pendapatan pertengahan atas.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, kerajaan telah melaksanakan pendekatan baru dan konstruktif untuk mencapai status negara baharu.

Menurut beliau, untuk menjadi negara maju menjelang 2020, ekonomi tempatan perlu mengekalkan pertumbuhan tahunan 6.0 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) berkembang kepada AS$570 bilion pada 2020 berbanding AS$247 pada 2010.

Untuk mencapai objektif itu, Kerajaan Malaysia telah melaksana Model Baru Ekonomi (MBE), yang mana menyaksikan sektor swasta menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi.

‘‘Kami menggalakkan pembangunan nilai tambah tinggi dalam industri pembuatan dan perkhidmatan dan kami memperkukuhkan sistem ekonomi tertentu bagi industri-industri berkembang,’’ katanya.

Beliau berucap demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia (IDB) di Hanoi.

Ahmad Husni menyatakan pendirian dan komitmen dalam penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015.

‘‘Kami kekal setia dengan dasar kejiranan dan kami berterusan mempertingkatkan hubungan serantau dan antarabangsa, saling memanfaatkan rakan perdagangan kami dan rakan-rakan serantau,’’ ujar beliau.

Berhubung kenaikan harga makanan dan minyak, Ahmad Husni meminta IDB untuk memainkan peranan lebih besar, tidak hanya dalam keperluan dana tetapi bantuan teknikal dengan kerjasama negara-negara membangun di kalangan ahli bagi pengeluaran hasil lebih tinggi.

ADB juga boleh menyediakan akses kepada dana-dana yang boleh memberi kemudahan penggunaan teknologi hijau termasuk pembiayaan bagi sumber tenaga alternatif kepada ahli-ahli negara kurang membangun.

‘‘Kita juga boleh bekerjasama dengan sektor swasta dan syarikat multinasional negara masing-masing melalui faedah bersama dalam program tanggungjawab sosial korporat,’’ katanya.

komen penulis,

ini perjuangan Kerajaan BN, melihat masa depan Negara terutama golongan MUDA terus terjamin dan memperolihi pendapatan tinggi menjelang 2020.

Apa yang pembangkang buat untuk golongan MUDA melainkan memecah belah kan dan merosakkan minda golongan MUDA agar membenci kerajaan, Politik...politik....politik tak ada penghujungnya.

Perdana Menteri dan Menteri - Menteri sibuk berkerja untuk membangunkan Negara dan Rakyat, yang pembangkang tak habis - habis berjuang mengiringi Anu War keluar masuk Mahkamah.

3 ulasan:

  1. GENERASI GRADUAN BARU PATUT MEREBUT PELUANG DGN DASAR TERBUKA YG KERAJAAN LAKSANAKAN UTK PERGI LEBIH JAUH. DIORANG NI ADALAH ASET PENTING DALAM MENAMBAH NILAI SUMBER MANUSIA SEKALIGUS MEMAINKAN PERANAN BESAR DLM MENCORAK EKONOMI NEGARA.

    IDEA2 DIORANG NI BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM MENCARI IDEA2 BARU YG LEBIH SEGAR DIMANA MEREKA BOLEH MENYUNTIK PANDANGAN2 BERNAS DALAM PELBAGAI SEKTOR DAN SUMBER DALAM NEGARA

    TU PASAL PELAJAR2 KITA NI JGN ASIK DOK SIBUK BERPOLITIK SAMPAI ILMU PUN KETINGGALAN..ADOIYAIII

    BalasPadam
  2. SALAM, BRO JEFF, DEPA INGAT IDUP NI SENANG KE NAK BERJAYA KALAU TAK DIUSAHA OLEH DIRI SENDIRI, SEMUA SURUH KERAJAAN BUAT, KERAJAAN MENYEDIAKAN PELUANG, YANG NAK REBUT KITA, APA DEPA INGAT KALAU PAKATAN HARAMJADAH MEMERINTAH TIAP2 DEPA BULAN BAGI GAJI FREE KE TANPA KERJA.

    YANG ADA PATUT DIJAGA YANG DAH TERBUKTI 3 KE 4 GENERASI DAH BERJAYA HINGGA LAH SEKARANG HIDUP SEJAHTERA DAN AMAN DAMAI.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, betul kata TUN M melayu mudah lupa, itu zaman Tun, melayu muda zaman kini lagi lah kuat pelupanya, kena buat sesuatu.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda