Nur Jazlan tidak gentar disiasat oleh SPRM
KUALA LUMPUR 30 Mei – Pengerusi UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemberian kontrak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).
Pada masa sama, beliau juga mahu SPRM melakukan siasatan terhadap Datuk Musa Sheikh Fadzir yang didakwa mempunyai agenda tertentu kerana sengaja menjadikan isu itu sebagai polemik menjelang mesyuarat Lembaga Pengarah UDA, esok.
Mesyuarat esok bakal membincang dan memutuskan mengenai kontrak pembangunan BBCC.
“Saya tidak gentar untuk disiasat kerana saya juga mahukan ketelusan tetapi pihak yang menjadikan projek BBCC sebagai isu juga perlu bersedia disiasat.
“Saya khuatir pihak tersebut mempunyai agenda tertentu disebabkan mesyuarat bagi memutuskan keputusan kontrak BBCC akan dibentang kepada Lembaga Pengarah esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Jelas beliau, pemberian kontrak BBCC tidak sepatutnya menjadi isu kerana semua pembida telah membuat penjelasan berhubung cadangan masing-masing.
“Saya sebenarnya pun hairan kenapa perkara yang belum dimuktamadkan telah dipertikaikan, tidak tahulah saya kalau ada mana-mana yang ‘bocor’,” ujarnya.
Nur Jazlan yang begitu kesal kerana isu tersebut sengaja dipanjangkan menyifatkan tindakan Musa adalah satu bentuk serangan kepadanya berbanding terhadap UDA.
BERITA PENUH DI UTUSAN ONLINE BERTARIKH 31.5.2011
KOMEN PENULIS,
UDA ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bumiputera, itu matlamat penubuhan UDA dalam membangunkan aset - aset Negara, itu tanggungjawab yang dipikul oleh Pengerusi dan Lembaga Pengarah UDA serta kakitangannya yang telah diberi oleh Kementerian Kewangan berpandukan peraturan - peraturan yang telah digariskan untuk dipatuhi oleh UDA.
Oleh itu Nur Jazlan tak perlu mempertikaikan dan mencari gaduh dengan menyerang dan menyindir serta memalitkan nama - nama lain tertutama mereka yang cuba memberi nasihat, pandangan kepada UDA agar tidak lari daripada matlamat asal iaitu membantu bumiputera didalam apa saja projek - projek yang mereka laksanakan.
YB Datuk Musa dan beberapa pihak seperti Persatuan Kontraktor, Dewan Perniagaan menyuarakan kebimbangan akan tindakan UDA yang membelakangkan matlamat asal mereka dan meminta UDA agar mementingkan syarikat rakyat tempatan daripada Syarikat luar negara yang juga mempunyai kemampuan dan berkelayakan.
Nur Jazlan tak perlu mempertahankan diri dengan cara mencabar dan mengusik orang lain, semata - mata untuk menegak benang yang basah, lebih baik terima pandangan membina orang lain, duduk bersama Lembaga Pengarah dan Pegawai kanan UDA perhalusi dan kaji semula setiap pandangan dan cadangan dari mereka - mereka yang terlibat kemudian dapatkan pandangan dari pimpinan negara sebelum membuat keputusan penting tersebut.
Perlu dingat juga apabila gagal UDA menjaga kepentingan bumiputera kesan dan impaknya kepada DS Najib selaku Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yang berkerja kuat untuk bangunkan Negara dan sekaligus mempastikan bumiputera tidak terpinggir.
p/s Tak perlu sakit kan hati orang lain yang memang sudah sakit hati dengan kita.
As'kum, mengarut je dia ni, buat saja kerja, jangan kaitkan bisness dengan politik diri.
BalasPadamSALAM, SDR PENGHUNIPUDU, THANKS SINGGAH DI BLOG TEMAN.
BalasPadamBOLEH MEMBERI PENJELASAN SEKIRANYA SEMUA ASPEK PERTIMBANGAN TELAH DIBUAT SECARA TELITI, SEBAB INI MELIBATKAN PROJEK BESAR ATAS ASET UDA YANG DIPERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEPENTINGAN BUMUPUTERA.
DALAM MEMBERI PENJELASAN TAK MOLEK BANTAI ORANG LAIN.