Rabu, 15 Jun 2011

MAJLIS PEGUAM KALAU TAK PECAT AMBIGA, ELOK BUBAR JE!!!!


Majlis Peguam sebagai satu badan selain menjaga hak kebajikan ahli nya dikalangan peguam, Majlis peguam juga seharusnya menegak, mempertahankan dan mendaulatkan sistem perundangan negara, Majlis peguam mahukan pihak Kerajaan berperananan untuk menguatkuasa undang - undang negara dan menghormati dan menjaga kebajikan peguam, dalam masa yang sama Majlis peguam juga seharusnya memainkan peranan membantu kerajaan dalam usaha yang sama, jangan hanya desak kerajaan saja yang berperanan sedangkan peguam nak tunjuk gedebe.

Perhimpunan haram BERSIH yang kotor dan jijik diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam sekaligus ahli Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenesan Presiden dari tahun 2007 hingga 2009 seorang yang dianggap sebagai otai Majlis Peguam boleh buat kerja yang menyalahi undang - undang negara yang bersekongkol dengan Pakatan pembangkang , tak kan lah ini pun tak terfikir oleh Majlis Peguam atau saja - saja bodoh kan kepala otak. Ingat!! Ambiga sudah memalukan Majlis Peguam dan keseluruhan ahli Peguam kerana benggong dan tolol mengenai undang - undang dan akta Pilihanraya seperti yang disuarakan oleh Pengerusi SPR yang terkejut Ambiga tak tahu mengenai akta Pilihanraya, tak ke memalukan Majlis Peguam, begini kah standard seorang yang pernah duduk sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia, chittttttttt.

Sekiranya Ambiga teruskan juga Perhimpunan Haram, teman cabar Majlis Peguam yang gedebe untuk pecat Ambiga sebagai ahli Majlis Peguam dan mengantung lesen nya sebagai peguam, jangan hanya nak lepas pada Kerajaan untuk ambil tindakan, sedangkan kita sembunyi kan diri, jangan cuma hanya tahu mengkritik Kerajaan sedangkan kita sendiri tak betul, jangan nak ajar anak ketam berjalan betul sedang kan kita sendiri berjalan tak betul.

Kerajaan juga harus tegas, dalam suasana ekonomi yang agak mencabar, dalam suasana ketenteraman yang kita nikmati selama ini yang banyak membantu peniaga - peniaga menjana pendapatan, terbukti setiap perhimpunan jalanan akhirnya memberi kesan negatif kepada peniaga - peniaga dan harta awam yang akhirnya memberi kesan tak baik kepada semua pihak tertutama dalam sektor perlancongan, oleh itu Kerajaan wajib mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang cuba untuk menganjurkan perhimpunan haram ini, bertindak lah tegas, jangan terlalu menunjuk baik, jangan hanya buka mulut luas - luas dan senyum panjang sampai telinga Menteri Dalam Negeri, majoriti rakyat bersama kerajaan, majoriti rakyat mahukan ketenteraman dan keselamatan mereka dijaga, ambil tindakan ISA terhadap Ambiga sekiranya terbukti dia kepala gedebe.

berita penuh di Utusan Online

SPR jawab tuntutan 'Bersih'

"SAYA tidak suka panggil ia Bersih... saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

"Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya."

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahuUtusan Malaysia di Putrajaya semalam bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

"Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

3 ulasan:

  1. tujuan semata - matu untuk politik pembangkang, menganggu gugat ketenangan negara yang akhirnya rakyat yang menderita, peniaga tidak boleh berniaga, jalan sesak, harta benda rosak, pelancong pandang serong pada negara, itu yang mereka katakan mereka pembela rakyat?. - mansepah

    BalasPadam
  2. SALAM, SDR MANSEPAH, MEREKA SEMUANYA NAK MENIRU, INI SEMUA AMBIL CARA THAILAND, BILA DEMOSTRASI MAKA NEGARA HURU HARA MAKA KESEMPATAN MEREKA NAK GUNAKAN, TAPI MEREKA LUPA RAKYAT DI MALAYSIA HIDUP SENANG LENANG.

    SEKARANG NEGARA BERKEBAJIKAN TETAPI PERANGAI MENYUSAHKAN RAKYAT.

    BalasPadam
  3. asslamualaikum, majoriti peguam masa belajar di universiti memdapat pembiayaan biasiswa atau ptptn dari kerajaan, jadi usah nak tunjuk hebat, sedar lah diri.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda