Selasa, 21 Jun 2011

PERJUANGAN PARLIMEN TAMBUN UNTUK MENDAPAT SEBUAH IPTA BERJAYA!!!! TAHNIAH DS HUSNI HANADZLAH

PELAN KESELURUHAN KOLEJ PERUBATAN SAINS BERSEKUTU

DEWAN MAKAN

BANGUNAN PENTADBIRAN

KUARTERS PELAJAR

YB DS AHMAD HUSNI MENYAMPAIKAN UCAPAN DI DEWAN UTAMA

YB DS AHMAD HUSNI TIBA DI KOLEJ SAINS PERUBATAN BERSEKUTU

MELAWAT DI DEWAN KULIAH

MELAWAT MASJID

MENINJAU SEKITAR KOLEJ

MELIHAT PERMANDANGAN KAWASAN KOLEJ

Parlimen Tambun dibawah kepimpinan YB DS Ahmad Husni sekali lagi menempa kejayaan apabila sebuah IPTA sedang pesat dibina dan hampir siap di Pekan Tanjung Rambutan dalam Dewan Undangan Negeri Ulu Kinta.

Apabila beroperasi pada Ogos 2011 kelak Kolej Perubatan Sains Bersekutu ini kelak akan menempatkan 3,000 orang pelajar dan 1,000 orang Pensyarah dan kakitangan dan sekaligus akan membangunkan lagi Pekan bersejarah ini kerana disini juga terdapat sebuah Hospital Bahagia Tg Rambutan.

"Rakyat dan penduduk di khursusnya di sekitar DUN Ulu Kinta dan Tg Rambutan akan menerima impak yang cukup baik dengan adanya sebuah IPTA disini, maka ekonomi rakyat akan meningkat, aktiviti perniagaan akan terjana, peniaga - peniaga akan maju perniagaannya, pasar malam akan lebih ramai pengunjung, nilai hartanah akan meningkat tinggi, pemilik rumah akan dapat menyewa kediaman mereka kepada pelajar dan kakitangan kelak, Pekan Tg Rambutan akan pesat membangun dan moden bagi menampung keperluan semasa, dan ini lah perjuangan BN Parlimen Tambun dan ianya sudah terbukti berjaya"- kata YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun.

Penulis merakamkan ucapan Tahniah kepada YB Ds Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun dan kepimpinan BN Parlimen Tambun diatas keperihatinan dalam membangunkan kawasan Parlimen Tambun khursusnya di Tg Rambutan.

Untuk makluman di DUN Ulu Kinta sememangnya pesat membangun, disini juga terdapat sebuah Kem Polis Hutan atau pun Kem PGA yang menempatkan 5,000 anggota dan keluarga, Sebuah Institut Perguruan Ipoh yang menempatkan 1500 pelajar dan kakitangan, Taman Tema Sunway Lost World Of Tambun, Sebuah Stud Farm (ladang ternakan Kuda), Sebuah Kelab Changkat Kinding Resort, Sebuah Hotel International Spa and Resort bertaraf 5 bintang, ini lah pembangunan yang sememangnya memberi impak ekonomi dan pembangunan untuk rakyat yang seharusnya boleh dibanggakan oleh semua pihak rakyat Perak dan terutamanya rakyat kawasan Parlimen Tambun, dan bertuah kerana mempunyai Ahli Parlimen seperti YB DS Ahmad Husni, Dato Rusnah kassim selaku ADUN Ulu Kinta.

Tahniah!!!!!

2 ulasan:

  1. WA TABIK SPRINK TOINGG! TOINGGGG!! KAT DATUK HUSNI. KLU ADA USAHA PATI DAPAT LABANYA. MALANGNYA ADE SEKOR MANUSIA TU YG USAHA NAK DPT RABA2 KEHKEHKEH ADOIYAIII

    BalasPadam
  2. Salam, bro, teman pun sama tabik spring kat DS Husni

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda