Selasa, 16 Oktober 2012

DS AHMAD HUSNI TEMPELAK BAJET PEMBANGKANG - LEMAH MATHEMATIK






Bajet Pakatan Salah Mengikut Perkiraan, Kata Ahmad Husni

PUTRAJAYA, 10 Okt – “Mengikut perkiraan” bajet bayangan 2013 Pakatan Rakyat mengelirukan, dan pasti akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) masing-masing kepada 7.2 peratus dan 57.8 peratus, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata dakwaan oleh Pembangkang bahawa bajet cadangannya akan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus merupakan satu contoh “lemah matematik” yang baik.
“Perbendaharaan meneliti kedua-dua bajet. Kami dapati bajet kerajaan menyeluruh dan jelas.
“Dengan demikian, kami berpendapat kerajaan tidak harus menunggu lebih lama lagi untuk tampil ke hadapan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia, yang manakah bajet yang serius dan bertanggungjawab.
“Bajet mereka (Pakatan) tidak lengkap. Mereka tidak memasukkan kebanyakan daripada perbelanjaan kendalian dalam bajet mereka. Itulah sebabnya Pakatan boleh mencatatkan perbelanjaan mengurus yang lebih rendah,” katanya kepada pemberita.
Ahmad Husni berkata bajet cadangan Pakatan itu akan memaksa kerajaan menanggung perbelanjaan mengurus sebanyak RM224.3 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM185.3 bilion yang didakwa oleh Pembangkang.
Beliau berkata bajet bayangan itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar prestasi kewangan kerajaan dan juga tidak mengambil kira rancangan-rancangan yang diumumkan oleh Pembangkang dalam bajet khusus mereka itu.
Bajet cadangan Pakatan yang menunjukkan pengurangan emolumen penjawat awam sebanyak RM2.6 bilion kepada RM56 bilion juga bererti pengurangan sebanyak 72,000 pekerjaan berdasarkan andaian gaji purata RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun, katanya.
“Antara rancangan-rancangan yang tidak diambil kira dalam membuat perkiraan defisit negara itu ialah cadangan pelarasan gaji minimum, pemberian bonus tahunan bagi warga emas, penghapusan tol, dan hutang yang akan ditanggung oleh kerajaan berikutan penghapusan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara),” tegasnya.
Ahmad Husni berkata jika cadangan pelarasan gaji minimum itu dilaksanakan, kerajaan akan memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM4.4 bilion manakala penghapusan tol akan menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan sebanyak RM6 bilion melalui subsidi yang lebih tinggi.
“Mereka bercakap tentang pengurangan subsidi dan mendapatkan pendapatan daripada situ. Tetapi rancangan yang mereka umum tidak akan mengurangkan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya meningkatkannya dengan ketara.
“Rancangan mereka untuk mengurangkan subsidi juga tidak berdaya maju kerana ini bererti harga barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan petrol terpaksa naik kerana barangan itu merupakan kira-kira 61 peratus daripada mekanisma subsidi sekarang,” ujar beliau.
Mengenai PTPTN, Ahmad Husni berkata jika ia dimansuhkan, kerajaan perlu menanggung hutang PTPTN sekarang yang berjumlah RM31 bilion dan pada masa yang sama menyediakan dana sebanyak RM5 bilion untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar baharu institusi pendidikan tinggi.
Bajet Pakatan akan juga memaksa nisbah hutang berbanding KDNK melonjak kepada 57.8 peratus, jauh lebih tinggi daripada had maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu pada 55 peratus.
“Jika nisbah hutang berbanding KDNK meningkat begitu, penarafan kerajaan Malaysia akan jatuh ke paras lebih rendah dan ini akan mengakibatkan kos pinjaman menjadi lebih tinggi manakala tahap keyakinan di kalangan pelabur asing akan menurun,” katanya.
Ahmad Husni juga berkata jika rancangan Pembangkang menaikkan royalti negeri kepada 20 peratus dimasukkan dalam pengiraan defisit fiskal, ada harapan ia melonjak naik hingga ke lapan peratus.
“Jika itu diambil kira, ia akan menyebabkan penyusutan perolehan daripada cukai petroleum serta dividen kepada kerajaan Persekutuan. Dengan demikian, defisit akan meningkat selanjutnya.
“Itu juga akan mengakibatkan penyusutan perolehan syarikat petroleum nasional, Petronas Bhd. Untuk itu, saya jangka Petronas akan mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan cara-cara untuk berhadapan dengan rancangan Pakatan ini.
“Pendek kata, jika kesemua rancangan oleh Pakatan ini dilaksanakan tanpa pengurusan fiskal yang betul dan lebihan pendapatan yang mantap, Malaysia mungkin menjadi muflis,” tegas Ahmad Husni.
KOMEN,
SETAKAT GUNA KEPALA OTAK ZAMAN 80an DAN 90an DAN SETAKAT VALUE RM1.00 NAK RANGKA BAJET, KIRIM SALAM LAH ANU WAR, SEKARANG DAH ZAMAN KURUN KE 21, KEPALA OTAK DATO SERI NAJIB, MENTERI KEWANGAN 1 DAN DS AHMAD HUSNI, MENTERI KEWANGAN 2 JAUH BERJUTA KILOMETER STANDARD DENGAN KEPALA OTAK KO.
MATHEMATIK PUN LEMAH KATA DS AHMAD HUSNI, SETAKAT NAK TUNJUK KONON BAJET PEMBANGKANG HEBAT MESRA RAKYAT, BAWAK - BAWAK LER PERGI SPA KER ATAU RUMAH JALANG UNTUK BEREHAT, RAKYAT DAH BIJAK MENILAI, SAMPAI BAJET TERLUPA NAK MASUK JANJI BUKU JINGGA.
APA PUN JELAS SI PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR NI MEMANG LAYAK VALUE NYA RM1.00 SEPERTI YANG DIBERIKAN OLEH KHALID GAGAP PADA MAMAT NI, KHALID GAGAP LEBIH TAHU STANDARD ANU WAR DARI KITA SEMUA.
TAHNIAH DS NAJIB DAN DS AHMAD HUSNI, BAJET YANG SEBENARNYA UNTUK RAKYAT.

UNDI BN ANDA SEJAHTERA


7 ulasan:

  1. Patut la gaji anwar RM1 je sebagai penasihat ekonomi selamgor.... Hehehe....

    BalasPadam
  2. SLM BRO...BIASAK LER..STANDET PUNAISIHAT HARGE SINGGIT...BERANGAN LBEY...JADI SAUDAGAR MIMPI JEK LER KEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. ASSALAM BRO BB, DIA GAK LUPA MASUKKAN BAJET BELI JET DAN BAS UNTUK DIA GUNA HAMPUT KERAJAAN.

    BRO JEFF, SELANGOR SAMPAI HANCUS BRO DIBUAT DIK DIA DENGAN KHALID GAGAP.

    BalasPadam
  4. As'kum, membuka pekong di dada, bodoh dan tak berilmu, masa kan negara boleh maju, sedangkan sebuah saja institusi pendidikan spt Unisel di selangor pun tak terjaga dan hampir bankrap, ada nafsu serakah nak membuat bajet negara, cermin muka sendiri dulu.-WAKJAMU

    BalasPadam
  5. Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

    Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







    (( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

    BalasPadam
  6. ASSALAM, WJ, MATHEMATIK LEMAH, BUKTINYA SECARA SEMBRONO BUAT MANIFESTO BAGI FREE AIR PADA RAKYAT SELANGOR, AKHIRNYA KEMAMPUAN TAK ADA, HANYA PANDAI JANJI AKHIRNYA MAKAN DIRI, RAKYAT SEKARANG BIJAK DAN MENUNTUT SECARA UNDANG2.

    SDR. ANON, JANGAN MARAH... PERKARA BETUL KENA AKUI KEBETULANNYA.

    KPUMLU, ITU HAL RUMAHTANGGA DAN AGENDA SERTA STRATEGI PEMUDA DAN PUTERI UMNO, YANG YEOP SAKIT JIWA SANGAT APASAL, MAIN2 SEDAP JER MULUT,TEMAN PUN BOLEH MAIN SEDAP MULUT, AMK KEADILAN DAN DEWAN PEMUDA PAS MACAM ANJING KURAP KENA JILAT TELOQ DAPIG, KALO DAH TAK GUNA OTAK BAIK BETUL BETUL JADI ANJING KURAP...KAN KE TAK SEDAP DI BACA!!!, APA PUN NASIHAT TEMAN KITA HORMAT MENGHORMATI SEMUA ORANG DALAM KITA BERPOLITIK, BIAR KITA BERHEMAH DAN BERSOPAN SANTUN MACAM YANG DIAMALKAN OLEH UMNO SELAMA INI. SEBAGAI SEBUAH PARTI MASING2 ADA STARTEGI MASING2 TAK KIRA DIA PAS KER, PKR KER, UMNO KER, MCA KER, DAP KER DAN SEBAGAINYA, ITU HAK MEREKA DAN KITA KENA HORMATINYA. CUMA JANGAN BUAT KERJA MENIPU RAKYAT DENGAN MEMBENTANG BAJET MEROYAN DAN SENGUGUT SEPERTI PAKATAN PEMBANGKANG LAKUKAN, HEHEHE

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda