Rabu, 20 Februari 2013
DUM..DAM..DUM..DAM SEMUA TAK BETUL, DUM..DAM...SANA SINI TAK BETUL, CERMIN MUKA KASI PECAH KE???
Kalau Pakatan Pembangkang memerintah negara jika boleh bagi kepada teman dan semua rakyat BUAT RUMAH FREE UNTUK TEMAN, TAK PERLU PERGI KERJA TIAP BULAN BAYAR GAJI IKUT KELULUSAN TEMAN HANYA PERLU PERGI DENGAR CERAMAH DAH CUKUP, KEPERLUAN MAKAN MINUM DIHANTAR TIAP- TIAP BULAN, PERALATAN RUMAH COMPLETE, KERETA BAGI FREE SIAP ROADTAX FREE DAN MINYAK FREE, BAGI SEKALI DREBAR MALAH KERETA BOLEH PILIH NAK JENIS APA, RUMAH SIAP DENGAN AMAH, TUKANG KEBUN, APA CUKAI PUN TAK PERLU BAYAR, APA BIL PUNPAKAI JE, KERAJAAN YANG TOLONG SETTLE, NAK MAKAN KAT LUAR SAIN JE BAUCER, TAK PAYAH MASUK UNIVERSITI, CUKUP UMUR 18 TAHUN SIAP DAPAT SCROLL DEGREE SEORANG SATU, Teman seisi keluarga dulu kemudian pangkah Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya malah siap merayu kat SPR minta kertas undi untuk siap - siap pangkah Pakatan Pembangkang untuk seumur hidup. Malah teman percaya dan yakin semua rakyat jelata akan mengundi pembangkang dan kirim salam pada BN untuk seumur hidup kita semua.
Bodoh je bunyi cerita donggeng yang teman celotehkan, mana tak bodoh semua nak free dan semua nak ditanggung oleh Kerajaan.
Yang teman bangkitkan isu ini, mana tidak nya, kalau di amati apa yang dikutuk, di momok, di fitnah, di cerita oleh pembangkang di pentas ceramah di merata dunia dalam Malaya ni, boleh kita andaikan apa yang berlaku sejak Merdeka hingga lah ke hari ini mereka - mereka yang duduk dalam UMNO dalam BN dan penjawat kerajaan yang menjalankan kerja, semuanya iblis, siap bertanduk, siap bertaring, siap mata merah menyala, dah suku sen pun tak guna bermula dari Tunku Abd Rahman, pergi ke Tun Abd. Razak, pindah kepada Tun Hussein, sampai ke Tun Mahathir, pergi pulak kepada Pak Lah dan kini DS Najib termasuk lah keseluruhan Menteri, pemimpin - pemimpin lain dan keseluruhan Jentera kakitangan Kerajaan yang membantu melaksanakan dasar dah macam hampas dan bangsat tiada langsung jasa dan bakti yang dicurah kepada rakyat dan Malaysia, sehingga dah jadi padang jarak padang terkukur bumi Malaysia ini kalau kita ambil dan kumpul keseluruhan cakap - cakap dan ceramah puak pembangkang selama ini hingga lah dah nak pilihanraya 2013.
Bermula hanya Kelantan kini Selangor, Kedah dan sekejap di Perak pembangkang telah perintah, kita pergi lah kesemua negeri tu confirm kita toleh sana sini, kita terbeliak kan biji mata tengok sana sini, kita pakai lah kanta tenung sana sini, tak cukup kita naik helikopter jenguk kebawah sana sini, SEMUA YANG KITA TOLEH, TENGOK, TENUNG, JENGUK, sebijik apa yang ada semua hasil pemerintahan Kerajaan BN terdahulu, semua yang dibuat mahu pun oleh Kerajaan Pakatan kalau ada pun KLON dari apa yang Kerajaan BN dah buat, Tiada pulak yang luar biasa, tiada pulak yang ajaib, tiada satu habuk pun yang kita dapat mcm apa yang teman nyata kan cerita donggeng diatas. Jadi apa specialnya Pakatan pembangkang!!!!!, yang teman tahu dulu jadi pembangkang naik kereta biasa, rumah biasa, bila dah jadi MB, kereta besar, rumah besar, jadi apa beza nya kalau kita nak sama kan dengan MB dibawah kerajaan BN. dulu jadi pembangkang tak berjawatan pakai biasa, bila dah jadi Ahli parlimen dan Wakil Rakyat pakai semua mahal - mahal, kereta pun dah ada Ferarri, dan Porche, rumah banglow, harta sana sini, jadi apa specialnya!!!!
Makna Ceramah yang di DUM...DAM... oleh pemimpin pembangkang serta kuncu - kuncu nya atas asas apa yang dituduh dan dimomok merata - rata semua orang tak betul, sana sini rasuah, yang disana kroni, yang situ kroni, apa saja semua tak betul, buat itu tak kena, buat ini tak puas, sedangkan apa yang hendak mereka buat JIKA memerintah negara. Kita pergi lah negara dalam dunia Allah S.W.T ini tak akan kita dapat lihat dan jumpa macam mana cerita donggeng teman diatas, Mat Jening pun tak mampu nak angan - angan macam itu punya cerita, yang dapat kita lihat antaranya rakyat nya berebut - rebut mengejar peluang, belajar hingga ke Negeri China untuk apa? untuk berjaya dalam hidup didunia, mengejar ilmu agama untuk berjaya di akhirat agar kita dimasukkan ke Syurga milik Allah S.W.T, Pemimpin negara masing - masing mentadbir negara dengan berbagai strategi persaingan dunia agar rakyat boleh aman damai dan sejahtera di negara masing - masing, itu yang kita nampak malah ada negara yang meletup sana sini, yang runtuh sana sini, yang bergaduh sana sini, yang kebuluran sana sini, yang pemimpin nya gagal untuk mentadbir negara mereka, mangsa tentunya rakyat tua, muda, kecil besar.
Malah ada negara jatuh kan Presiden atau Perdana Menteri dengan cara rusuhan dan sebagainya, hukum sampai ke mati, akhirnya negara tersebut sampai ke la ni huru hara, meletup sana sini, bergaduh antara kaum dan etnik seperti Iraq, Libya, Mesir, akhirnya Rakyat menyesal, tapi apa guna nya lagi, negara tetap huru hara, rakyat bergaduh, anak - anak kebuluran.
TIADA NEGARA DALAM DUNIA INI YANG KERAJAAN NYA MENGELUARKAN WANG TUNAI SEPERTI BR1M DAN SEBAGAINYA DIBERI BALIK KEPADA RAKYATNYA YANG BERHAK DAN MEMERLUKAN KECUALI SATU - SATU NEGARA, MALAYSIA LAH NEGARANYA.
Kita sama - sama muhasabah diri dan tanya diri kita macam mana hidup kita di Malaysia ini???????
Sama - sama kita fikirkan.UNDI BUKAN UNTUK MAINAN.
zasssssssss
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
A'kum, itu lah dinamakan kufur nikmat, sebab tu majoriti ahli pembangkang kecuali DAP hidup susah didunia sebab balasan kerana kufur nikmat, tetapi bagi yg bersyukur dgn nikmat yg ada dan berusaha mengejar kejayaan didunia dan akhirat hidup mereka alhamdulillah tenang, aman, dan mewah. WAKJAMU
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamASSALAM WJ, LUMRAH MANUSIA TIDAK AKAN PUAS DENGAN APA YG MEREKA DAPAT DAN NIKMATI, MEMANG MANA ADA KERAJAAN YANG PERFECT BEZANYA KERAJAAN BN DIA MENDENGAR SUARA RAKYAT, MENERIMA PANDANGAN RAKYAT, DAN MELAKUKAN PERUBAHAN DAN PEMBAIKAN UNTUK RAKYAT DARI MASA KE SEMASA, BERMULA DARI PM PERTAMA HINGGA KE DS NAJIB NYATA KITA LIHAT PERUBAHAN, INI LAH SEBUAH KERAJAAN YANG BAIK, ITU PUN MASIH KITA TAK BERSYUKUR.
BalasPadammohon pautkan saya http://metromalaya.blogspot.com/
BalasPadamsaya sudah pautkan tuan.thanks...
Jgn menilai hanya atas materi,Tapi nilailah atas dasar syar,ie...Apa yg wajib kita perjuangkan identik dgn perintah Allah.Apakah demokrasi itu Syr'ie...?
BalasPadamhidup ford escort 2 pintu warna biru......
BalasPadamASSALAM, SDRI ILYA, THANKS HADIR, INSHAA ALLAH AKAN SAYA PAUT.
BalasPadamSDR. ANON 6.01PG, SAYA KATAKAN DLM PENULISAN DIATAS, TIADA KERAJAAN YG PERFECT, PEMBAIKAN DEMI PEMBAIKAN KITA LIHAT PEMIMPIN NEGARA SUDAH DAN SEDANG LAKUKAN, SYARIATNYA, MUAMALATNYA, MUNAKAHATNYA DAN JINAYAT NYA KEBANYAKKAN SUDAH DILAKSANAKAN DAN DILAKUKAN, WALAUPUN TIDAK COMPLETE TETAPI KERAJAAN BERUSAHA UNTUK LAKUKAN WALAUPUN RAKYAT YG MAJMUK TENTU NYA BUKAN MUDAH.
SDR. ANON 3.36PTG, HAHAHA DAH TAMAT RIWAYATNYA FORD HAIL AMIR.