Rabu, 9 Oktober 2013

BAJET YANG AKAN MEMECAHKAN OTAK PEMAJU PERUMAHAN


BAJET YANG AKAN MERUBAH LANGSKAP HARGA YANG TELAH DIMAINKAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN SELAMA INI YANG MEMBELENGU KERAJAAN DENGAN MENEKANKAN HARGA YANG TINGGI ATAS ALASAN KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BAHAN PEMBINAAN, DALAM MASA YANG SAMA PEMAJU BUMIPUTERA, KONTRAKTOR BUMIPUTERA AKAN MENERIMA LIMPAHAN DARIPADA RANCANGAN INI DENGAN MEMBERI TANGGUNGJAWAB KEPADA SPNB UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK RUMAH MAMPU MILIK, CUMA KITA MAHUKAN SPNB YANG DITERAJUI OLEH YB DATO" DR LATIFF AHMAD DAN DATO" DR PROF KAMARUL MELAKUKAN DENGAN PENUH AGRESIF DAN AMANAH DALAM MEMBERI PELUANG KEPADA PEMAJU BUMIPUTERA DAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA YANG TIDAK MENGALI BABA KAN LESEN MASING - MASING DAN UNTUK MEMASTIKAN IANYA BERJAYA SPNB HARUS MENYIASAT HINGGA KE AKAR UMBI MEREKA YANG DIBERI KONTRAK KELAK.

JIKA INI DILAKUKAN PENULIS PERCAYA PEMAJU - PEMAJU YANG SELAMA INI MENEKAN HARGA YANG TINGGI AKAN MULA MENURUNKAN HARGA RUMAH DALAM USAHA MENYAINGI SPNB YANG AKHIRNYA RAKYAT AKAN MENDAPAT MANAFAATNYA.

MANAKALA KERAJAAN - KERAJAAN NEGERI SEHARUSNYA MEMBANTU DENGAN MENAWARKAN TANAH - TANAH MEREKA KEPADA SPNB SELUAS YANG MUNGKIN DENGAN PREMIUM YANG MINIMUM TANPA PREJUDIS.

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.
"Bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000.
Bagi kediaman berharga RM45,000, subsidi yang disediakan sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar acara Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013 di sini.
Beliau juga berkata, Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Okt ini merupakan bajet ’mesra rakyat’ yang memberi tumpuan ke atas kediaman mampu milik dan pembangunan infrastruktur.
Ahmad Husni berkata, kerajaan juga mahukan SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
"Kerajaan juga akan menekankan pembangunan infrastruktur dalam bajet akan datang, terutama di kawasan yang kurang mendapat akses bekalan elektrik, air dan jalan," katanya.
Dalam ucaptamanya, Ahmad Husni berkata, simposium itu menunjukkan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang berlandaskan prinsip Islam.
"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.
"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," katanya.
Simposium sehari itu dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Ia bermatlamat meningkatkan standard piawaian perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131008/dn_26/Bajet-2014-Kerajaan-sedia-subsidi-rakyat-beli-rumah-mampu-milik#ixzz2hC4P5Xz2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 8 Oktober 2013

UNTUK NAIB PRESIDEN - JIKA TIDAK DIBERI PELUANG MASA KAN YANG BARU MENDAPAT PENGALAMAN



DALAM KEHANGATAN KEMPEN UNTUK PEMILIHAN UMNO AKAN DATANG INI PENULIS SEMPAT MENINJAU DAN DIKALANGANNYA ADA JUGA PENULIS MENDENGAR SOK... SET...SOK...SET KONONNYA MUKHRIZ TERLALU MUDA, BARU JADI MENTERI BESAR, MASIH MENTAH, TERLALU CEPAT NAK NAIK DAN SEBAGAINYA.

BAGI PENULIS MUDAH JIKA KITA TAK MEMBERI PELUANG GOLONGAN BARU MASA KAN YANG BARU MENDAPAT PENGALAMAN, MALAH BAGI TEMAN KITA JANGAN TENGOK DALAM RUANG LINGKUP ORANG UMNO SAJA, PERWAKILAN UMNO HARUS LEBIH TERBUKA DAN MATANG DENGAN MELIHAT RUANG LINGKUP YANG LEBIH LUAS DAN SEPATUTNYA MELIHAT DARI RUANG ANGKASA MELIHAT KE BUMI UNTUK MENENTUKAN UMNO DITERIMA OLEH RAKYAT JELATA BUKAN DIKALANGAN ORANG UMNO SEMATA MATA. KERANA GELOMBANG CUKUP KUAT DARI RAKYAT YANG MAHUKAN UMNO PERLU DI TRANSFORMASIKAN DEMI MASA DEPAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

MAKA BAGI TEMAN GANDINGAN ORANG BERPENGALAMAN DAN BARU HARUS DI AMBIL KIRA DALAM MENENTUKAN KERUSI NAIB PRESIDEN KALI INI UNTUK MENYEDIAKAN LAPISAN PEMIMPIN UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG MENGHADAPI PRU KE 14 DAN SETERUSNYA AGAR SEPERTI YANG DISEBUT OLEH PRESIDEN MEREMAJAKAN UMNO ITU BENAR - BENAR BERLAKU DALAM PEMILIHAN UMNO KALI INI.

MUKHRIZ DITAKDIRKAN BERANI MENAWAR DIRI UNTUK JAWATAN NAIB PRESIDEN DAN INI HARUS KITA BERSYUKUR DAN HORMATI KERANA IA SUDAH DI TAKDIRKAN, MAKA KITA HARUS MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA MUKHRIZ UNTUK MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN UNTUK MEREALISASIKAN MEREMAJAKAN UMNO BENAR - BENAR MENJELMA DENGAN MUKA BARU INI NANTI DAPAT MENARIK LEBIH RAMAI GOLONGAN MUDA BERJUANG BERSAMA UMNO SEKALI GUS UMNO AKAN LEBIH RELEVAN DIMASA 5 TAHUN DAN PULUHAN TAHUN BERIKUTNYA.

PENULIS DAN ISTERI JUGA PENGUNDI MAKA PENULIS TIDAK AKAN MENSIA - SIA KAN UNDI PENULIS MAKA 2 UNDI UNTUK MUKHRIZ SEBAGAI NAIB PRESIDEN AKAN PENULIS DAN ISTERI BERIKAN, SETIDAKNYA PENULIS BERBANGGA PENULIS PERNAH MENYUMBANG KEPADA UMNO UNTUK MEREMAJAKAN UMNO AGAR UMNO KUKUH DAN JITU MENGHADAPI PRU KE 14 KELAK, DEMI MASA DEPAN ANAK DAN CUCU CICIT KETURUNAN PENULIS KELAK AKAN TERJAMIN DI TANGAN UMNO.

SELAMAT MENGUNDI MUKHRIZ 4 NP.