Harussani pencacai UMNO - Mahfuz
KUALA LUMPUR 26 Julai - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pencacai UMNO kerana berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang didakwa menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.
Mahfuz menjelaskan, Hassan telah mengakui yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama UMNO dan Pas.
"Hassan sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah diberi mandat oleh Pas untuk berbincang dengan Harussani mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO.
"Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
BERITA PENUH DIPAUTAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE 27.7.2010
Komen Penulis,
Tak hairan jika LGE biadap terhadap penjawat awam yang sentiasa bergelut dengan masyarakat umum dalam kerja - kerja pentadbiran apatah lagi penjawat awam tersebut kakitangan Kerajaan Persekutuan bertugas didalam negeri Pemerintahan Pakatan pembangkang seperti di Pulau Pinang tambahan pula pemerintahnya berbangsa Cina manakala penjawat awam berbangsa melayu ianya mungkin kata - kata ini boleh dikaitkan sebagai recist, tetapi kenyataan.
Seekor Melayu ni lagi biadap jika dibandingkan kebiadapan LGE, kerana seekor ni Melayu Islam, manakala orang yang di biadapnya ulil amri, ulama, MUFTI sebuah Negeri hanya sekadar memberi pandangan mengenai isu perpaduan antara UMNO dan PAS dan jelas ianya untuk kebaikan umat.
Sanggup mengelar seorang MUFTI sebagai 'PENCACAI', apa layak Mahfuz untuk mengelar seorang MUFTI yang 'senior' sebagai pencacai, siapa yang pencacai sebenarnya? tidak kah Mahfuz yang pencacai untuk merosakkan Islam, tidakkah PAS menggunakan Islam untuk memesongkan akidah umat. berbanding Mufti yang hidup matinya untuk Islam, untuk kesejahteraan umat. Mahfuz dan puak - puak seangkatan dengan nya yang pencacai UMNO kerana jadi Ahli parlimen waimma jadi Wakil Rakyat atau usahawan, ahli perniagaan, penjawat awam malah apa saja jawatan kita dan sebagainya yang menjadi penentang Ulil amri dan kerajaan UMNO sedangkan UMNO yang perjuangkan menyediakan segala prasarana kehidupan dengan menyediakan gaji, elaun, pelaburan dan sebagainya hingga kita hidup semewah ini, TIDAK KAH KITA PUN SAMA JUGA SEBAGAI PENCACAI, sanggupkah kita dengar orang mengelar kita begitu.
Tidakkah dalam bentuk apa sekali pun perbincangan sama ada resmi atau tidak antara MUFTI dan Hassan Ali atau dengan sesiapa saja sudah tentu dalam perbincangan tersebut terkeluar suara atau topik yang di sembangkan mengenai kerisauan mengenai perpecahan perpaduan melayu atau UMNO dan PAS terutama ketika ini manakala sebagai seorang MUFTI beliau berhak untuk menyuarakan kerisauan tersebut dan mencari jalan penyelesaian dan memberi pandangan, kenapa kita bongkak sangat hingga menjerat seorang MUFTI dengan politiking kita dan mentulikan telinga malah melacurkan mulut sendiri dengan mengelar PENCACAI kepada seorang ulama, apa guna tongang tonggek sembahyang, apa guna pakai serban, apa guna simpan janggut, apa guna pakai jubah jika perangai macam dajjal malah lagi teruk macam setan.
Ingat Mahfuz, awak tak sealim mana pun, malah awak pun seperti manusia jahil lain yang baru nak bertatih dalam ilmu Islam, malah awak ke luar negara ambil peluang juga pergi ketempat - tempat yang meriah, awak berjalan dan duduk di tepi pantai Rio D Janeiro juga untuk melayani nafsu mata melihat gadis - gadis muda memakai bikini, ingat hanya setitik ilmu yang kita ada berbanding seluas lautan ilmu Allah yang tak mampu kita terokai.
Bongkak untuk menunjukkan kita lebih Islam, tak bererti kita diiktiraf sebagai Islam sejati.Jika zaman Japan dah lama mahfuz kena penampar Jepun.