Isnin, 31 Mei 2010

SAMY SUDAH MEMECAH REKOD MALAYSIA!!!


TAHNIAH!!! dirakamkan kepada DS Samy Vellu yang telah memecah rekod Malaysia sebagai pemimpin parti yang terlama selama 31 tahun memegang jawatan Presiden MIC yang telah mengatasi pemimpin UMNO seperti Tun Mahathir apatah lagi Presiden parti utama lain sama ada MCA, GERAKAN, PPP, PAS, DAP yang telah menganti kepada pemimpin lain walau pun masih berkemampuan.

Majlis penganugerahan Presiden terlama sepatutnya diadakan untuk mengihtiraf Samy sebagai Presiden terlama agar tercatat didalam Guiness of record.

Selain itu Samy juga harus diberi penganugerahan diatas pencapaiannya yang juga telah memecah rekod Malaysia memecat pegawai, ahli CWC dalam masa yang singkat.

Persoalan, UMNO pernah mengantung keahlian Ketua UMNO Bahagian, Dato Ismail kerana melanggar etika Parti dengan mengkritik pemimpin parti komponen lain, sedangkan Samy hanya mendiamkan diri apabila anak kesayangannya yang juga ahli CWC yang baru dilantik oleh beliau menuduh UMNO dalang perpecahan dalam MIC manakala Ketua Pemudanya mengugut untuk mengkaji kerjasama MIC dalam BN.

Mengapa ini semua berlaku? persoalan yang perlu kita sama - sama fikirkan dalam keadaan BN yang dikatakan kurang mendapat sokongan pengundi, satu demi satu krisis parti komponen selepas MCA kini MIC berlaku, selepas ini Parti mana pula?

Kita tidak menafikan semua pemimpin tertinggi parti dalam BN telah menabur jasa dan budi untuk negara, ada yang telah berbalas jasa nya, ada yang terlebih - lebih terbalas jasanya, ada yang tak terbalas jasanya, ada juga yang dilupai jasa nya tetapi dalam satu sudut kepimpinan perlu ada konsep berkorban dan terkorban, memberi peluang kepada pelapis yang mungkin lebih baik lagi dari sebelumnya.

Pandangan penulis DS Najib selaku Presiden BN perlu tegas dan berani dalam memimpin, menegur pemimpin tertinggi BN, perlu mengawal tingkah laku mereka dan yang patut berundur DS Najib harus berani meminta mereka - mereka ini untuk bersara manakala anak Samy dan Ketua Pemuda MIC perlu diambil tindakan tegas tidak "double standard" demi Parti dan rakyat walau pun pahit ditelan juga, kerana mereka duri dalam daging.

Isnin, 10 Mei 2010

MANA UTAMA, KESELAMATAN RAKYAT ATAU INDIVIDU!!!

Sejak dua mejak ni heboh memperkatakan mengenai isu Polis menembak remaja terutama bagi pembangkang isu ini amat enak dan menepati selera mereka untuk menghentam Polis dan BN konon nya mereka lah pejuang rakyat, mereka lah pejuang keselamatan rakyat.

NKRA dan KPI telah mengariskan bahawa isu keselamatan diberi keutamaan bagi memenuhi desakan dan kritikan rakyat juga yang berkehendakkan agar Polis dan kerajaan memberi tumpuan bagi mengurangkan kes - kes jenayah sekaligus mempastikan keselamatan keseluruhan rakyat di beri keutamaan.

Sudah tentu dalam menjalankan kewajipan bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat maka adalah berlaku beberapa kes terpencil dan beberapa kes yang melibatkan ketidakpuasan hati segolongan pihak terhadap tindakan yang diambil oleh anggota Polis yang juga manusia biasa.

Penulis merasa simpati diatas apa yang telah menimpa keluarga adik Aminulrashid 15 tahun, TAKZIAH yang mampu diucapkan manakala rasa simpati keatas keluarga adik Mohd Azizi 17 tahun, peristiwa ini menjadi pedoman dan pengajaran bagi semua pihak termasuklah anggota Polis serta ibubapa agar mengawal emosi diri dan lebih ketat mengawal aktiviti anak-anak.

Polis tersepit ditengah - tengah, sejak dulu hingga kini Polis dihentam secukup - cukupnya akan gejala Rompakan Bersenjata, Dadah, Liwat, Mat Rempit, Rasuah, Penculikan Kanak2, Pembunuhan, Ragut, rogol dan sebagainya maka Polis lah menjadi sasaran terutamanya pembangkang yang sememangnya menaguk di air keruh menjadikan isu Polis sebagai bahan hentaman terhadap kerajaan BN, kononnya mereka lah HERO, TETAPI apabila aman dan damai tiada mulut yang sudi memuji akan tugasan Polis, kecuali Kerajaan yang prihatin menaikkan gaji anggota Polis.

Kini Isu adik Amirulrashid dan adik Azizi menjadi bahan hangat dipentas pembangkang menghentam Polis dan Kerajaan BN di PRK Sibu, cubaan meracun pemikiran rakyat Sibu agar keuntungan undi diperolihi mereka.

Apa yang terjadi diatas tindakan yang diambil oleh Polis maka Polis juga lah yang menjadi sasaran, kemungkinan juga yang melakukan kesilapan hanya seorang dua anggota Polis tetapi Ketua Polis Negara di desak meletak jawatan, keseluruhan organisasi Polis diburukkan, Kerajaan di persalahkan, malah Menteri Dalam Negeri menjadi sasaran tohmahan semata -mata untuk mendapat sokongan politik murahan.

Yang dianggap bersalah menjalankan tugas sudah pun digantung kerja dan ada juga yang diambil tindakan dakwaan, malah kerajaan perihatin dengan menubuh Jawatankuasa Bebas untuk menyiasat kejadian yang berlaku bagi mendapat jalan penyelesaian, TETAPI apa yang penting apa peranan kita sebagai ibubapa?, adik beradik, saudara mara dalam kita mengawal aktiviti anak - anak kita, terutamanya sebelah malam malah lewat malam, keluar hingga larut malam, membawa kenderaan tak berlesen dan sebagainya, kita harus mendidik anak - anak kita.

Banyak kes-kes terdahulu, jika berlaku sesuatu pihak lain yang dipersalahkan tanpa kita mencermin diri kita, malah tak keterlaluan dikatakan Polis lah yang akan dijadikan kambing hitam. Wal hal kita perlu ingat bahawa selama ini Polis lah yang menjaga keselamatan, kesejahteraan kita selaku rakyat Malaysia, maka jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

Sama - sama kita renungkan.

Khamis, 6 Mei 2010

LGE BUAT TENDER TERBUKA KE TENDER TELANJANG

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hangat dengan isu yang dibangkitkan oleh pembangkang (BN) dalam mempertikaikan tindakan Ketua Menteri kononnya membuat tender terbuka dengan membuat rundingan harga kepada pembida yang telah dipilih kerana harga rendah kononnya dirunding lagi agar lebih rendah lagi, itu dakwa LGE menunjukkan beliau dan kerajaan Negeri Pulau Pinang telus dan adil.

Kah!!!kah!!! LGE buat lawak KERA Tanjung Bunga lagi, memperbodohkan wakil rakyat dan rakyat Pulau Pinang. Hoi!!!! LGE itu.... tender telanjang namanya, bukan tender terbuka, tender telanjang ciptaan pakatan pembangkang...kah!!kah!! baru lah tersembul kebodohan LGE yang cuba nak perbodohkan rakyat Pulau Pinang. oi!!!! apek itu namanya pakat untuk kasi jugak sama lu punya kroni la bodoh.

Hoi!!!!! Ketua Menteri tandas busuk, walau pun wa bukan pandai dalam hal tender menender tapi cikit - cikit wa tahu juga dan sebab sakit hati wa sama lu wa gagah juga mahu celite sikit pasal tender terbuka kerajaan BN sama lu, tender terbuka akan dibida oleh semua kontraktor mengikut kelas - kelas tertentu bergantung kepada jumlah harga projek yang di tenderkan, maka yang membida harga paling rendah akan dipilih mengikut kos yang telah dinilaikan dan disediakan dalam satu - satu projek, jika dibawah paras kos yang ditetapkan maka ianya akan ditolak, maka pembida berikutnya akan dipilih sekiranya harga yang dibida hampir dengan kos yang ditetapkan, bukannya runding dengan pembida yang terrendah untuk direndahkan lagi bodoh.

Katakan lah semuanya tinggi harganya dengan kos yang ditetapkan maka tender tersebut akan dibatalkan dan di tender semula (re-tender), dalam kes LGE merundingkan harga tender itu namanya pemberian terus (DIRECT NEGO) atau nama bodohnya tender telanjang...bukan nya seperti dikatakan oleh LGE tender terbuka, kononnya nak tunjuk adil dan telus walhal cuba nak bohongi rakyat.

Sebab itu ramai kontraktor terutamanya melayu dan india golong tikar mengkuang, akibat daripada tender telanjang yang diamalkan oleh LGE sejak memerintah Pulau Pinang. sekarang semua nya telah didedah oleh Wakil Rakyat BN di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri akan kerakusan LGE dalam membunuh kontraktor melayu dan india. seperti kata pepatah "kata paku dulang serpih" Lu pikir la sendiri!!!!

Khamis, 29 April 2010

ELAK BERKUNJUNG KE SELANGOR - TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN



Hari ini Tuanku Sultan Salahuddin menegaskan bahawa sesiapa dari luar Selangor tidak mahu mematuhi titah, undang - undang dan peraturan Tuanku maka elak dari berkunjung ke Negeri Selangor.

Tuanku mengeluarkan titah tegas berdasarkan ucapan setenggah - setenggah orang politik yang mempertikaikan larangan berpolitik di Masjid terutamanya kenyataan Nik Ajis dan disokong oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang menyatakan bahawa Masjid memang tempat berpolitik, Azan tujuan politik, AlFatihah tujuan politik sekaligus mempertikaikan titah Tuanku Sultan.

shooh....shooh....

Dengar tu Nik Ajis dan PAIH, jaga negeri sendiri, jangan nak masuk negeri orang tinggalkan najis, ini Selangor, bukan Kelantan, jangan nak sebarkan virus kutu babi awak ke negeri orang.

Keperihatinan Tuanku Sultan amat bertepatan dengan masa dan ketika dalam memastikan Masjid tidak disalah gunakan oleh pencacai politik yang kerap menyalah gunakan Masjid dengan berceramah, memfitnah, mencemuh orang lain didalam Masjid sekaligus memecah belahkan umat.

Ingat!!! Raja tonggak Negara, Raja tonggak agama, Raja tonggak perpaduan maka mereka yang cintakan Negara, cintakan agama, cintakan perpaduan kita tolak sama sekali sesiapa saja yang menggunakan Masjid di tempat kita dengan berani dan tegas, kerana kita harus sedar tindakan kita itu akan menyelamatkan Institusi Agama sekaligus Masjid kita akan imarah dengan jemaah bertepatan tuntutan Islam.

Pandangan teman, sebaik - baik nya semua pihak di semua negeri agar menerima saja nasihat baik yang jelas maksudnya titah Tuanku Sultan Selangor demi keharmonian dan kesejahteraan.

Rabu, 28 April 2010

PKR KEMARUK SANGAT NAK MENANG


PKR timbang fail petisyen pilihan raya

KUALA LUMPUR 27 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya kerana mendakwa berlaku rasuah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali berkata, calon parti tersebut yang kalah pada pilihan raya berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa peguam terkenal sedang meneliti bukti-bukti berkaitan pemberian wang kepada pengundi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

"Kita juga akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perbuatan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berjanji memberikan wang RM50,000 kepada peneroka Felda Sungai Buaya," ujarnya.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.

berita penuh di pautan utusan malaysia online 28 April 2010

'Dah kalah terima sajalah'


Muhyiddin Yassin, Shaziman Abu Mansor dan Abdul Ghani Othman mendengar penerangan daripada Pengarah Projek Gerbang Perdana, Ir. Zulkifly Madon (kanan) mengenai model Bangunan Sultan Iskandar ketika melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bukit Cagar, Johor, semalam. - bernama


JOHOR BAHRU 27 April - "Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu."

Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kelmarin.

Beliau turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN.

"Pokoknya kita (BN) dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah menjalankan kerja mereka dengan baik.


berita penuh di pautan utusan malaysia online 28 april 2010

KOMEN PENULIS,

Kah!!! kah!!!! kah!!! guling gelantang teman ketawa, dah teman TELAH, dah teman kata merujuk kepada tulisan teman bertajuk Pakatan Pembangkang dilaknati di Hulu Selangor "SEPERTI BIASA SELEPAS INI TENTU PEMBANGKANG AKAN MENUDUH BERBAGAI - BAGAI TUDUHAN TERHADAP BN, SPR DAN POLIS SEPERTI, UNDI HANTU, RASUAH, SPR TAK ADIL, POLIS KASAR DAN SEBAGAINYA, SAMA - SAMA KITA KETAWA NANTI." seperti biasa akan ada ayat - ayat neraka dari mulut - mulut puak pembangkang mengenai kekalahan mereka di PRK Hulu Selangor, semuanya atas sebab apa? jawapannya mudah, sebabnya lain tak bukan BN MENANG.

Seperti PRK yang lepas - lepas apabila BN kalah tiada sebarang bunyi, tiada sebarang ayat neraka yang keluar dari mulut pembangkang malah BN menerima kekalahan, WALHAL DI KESEMUA PRK TERSEBUT PUN PERDANA MENTERI MENJANJIKAN DAN MELULUSKAN PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT DI KAWASAN TERSEBUT KERANA KETIKA ITU PENDUDUK BERPELUANG MENGADU SECARA TERUS KEPADA PM DAN MENTERI - MENTERI YANG HADIR ATAS KAPISITI SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN, MAKA ATAS KEPENTINGAN RAKYAT ADUAN TERSEBUT DILULUSKAN KERANA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEDIA ADA BOLEH DILULUSKAN DEMI RAKYAT DAN TERDAPAT JUGA PERKARA - PERKARA YANG TERTUNGGAK DAN HANYA MENUNGGU MASA SAJA UNTUK DI SALURKAN SEPERTI DI FELDA SUNGAI BUAYA, JADI APA BEZA NYA, WALHAL BN KALAH JUGA DI PRK - PRK YANG LALU.

Malah Kerajaan Negeri pun semasa kempen- kempen sedang giat dijalankan teman dengar juga sembang - sembang penduduk Hulu Selangor malahan boleh juga BN membuat andaian atau tuduhan yang dikatakan berlaku penyelewengan penggunaan harta, aset dan kakitangan awam Kerajaan Negeri, dikatakan juga MB meluluskan geran tanah, dikatakan juga pemimpin negeri menjanjikan tanah kepada penduduk, dikatakan juga Kerajaan Negeri mengeluarkan kewangan untuk perbelanjaan MB dan Exco kerajaan Negeri sepanjang kempen, menyogok duit, membuat tuduhan palsu, BN tidak bersunggut, BN tidak bising, BN tidak pula membuat laporan Polis.

Jangan buat lawak bodoh le hai pembangkang - pembangkang sekelian, teman sokong apa yang dikatakan oleh TPM, terima saja kekalahan, belajar menerima bahawa BN juga mempunyai hak untuk menang, dan apabila menang tak perlu pertikaikan, belajar berperangai baik seperti BN, menerima kekalahan dengan hati terbuka, jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, jika takut menerima kekalahan bubar saja parti - parti haprak tuan - tuan semua dan jangan nak kemaruk jadi Wakil Rakyat atau Yang Berhormat dan cuba mandi bunga untuk buang sifat HATI BUSUK dan BUSUK HATI kerana segala galanya berpunca dari hati.

Isnin, 26 April 2010

AWAS!!!! SETAN KURUS DAH MULA MASUK MASJID


"kawe masak kari babi, mu ketepi babi, hok lain mu boleh solap...he..he.."

Kalau saudara - saudara nampak lembaga kurus kering, kulit sawo matang, janggut macam musang, pakai serban, dalam masjid lebih baik berhati - hati jangan tertipu kerana kemungkinan dia setan kurus merupai manusia.

Baru - baru ini Nik Ajis membuat fatwa baru seumpama mengistiharkan medan perang politik masa kini oleh PAih yang membolehkan politik dibuat di Masjid.

Maka selepas ini tak hairan jika Masjid - Masjid di seluruh negara akan bertambah panas dengan serangan - serangan daripada puak - puak PAih yang bertopeng kan tok guru, bertopengkan ustaz yang akan mengajar dan ceramah mengunakan sepotong ayat Al Quran atau hadis manakala CONTOHNYA!!!! akan berkilometer lah panjang nya menghentam kerajaan dan BN.

Mempersendakan dengan berbagai helah dimainkan akan titah Raja Tuanku yang tidak membenarkan berpolitik didalam Masjid, konon tak tahu akan titah Tuanku, kononnya Masjid boleh berpolitik sehingga sanggup mengatakan segala ayat - ayat Allah yang diucapkan di katakan tujuan politik, laungan Azan adalah tujuan politik maka tak salah berpolitik didalam Masjid kerana Masjid sememang tempat politik, tak ke haprak punya pak lebai.

Tak perlu Nik Ajis putar belitkan perkataan POLITIK, bagi kita umat melayu Islam nama saja memburukkan orang lain, memburukkan pemerintah didalam Masjid dalam apa CONTOH sekali pun maka ia adalah politik peribadi samada untuk diri sendiri apatah lagi untuk parti sendiri tambahan pula yang berceramah adalah ahli kepada sebuah parti maka dia tak dapat lari dari politik kepartian dan tak dapat dinafikan wujudnya perpecahan didalam makmum dan jemaah terlibat, kerana sudah cukup banyak contoh dan kejadian yang berlaku, seperti dua imam, sembahyang di markaz, tinggal kariah, tak makan sembelih orang UMNO, mengkafirkan orang lain, Qurban tak boleh bercampur dengan orang UMNO, kenduri kendara tak campur, kematian orang UMNO tak boleh ditalqin kan dan sebagainya.

Selama ini pun itu lah medan yang digunakan oleh puak - puak PAih dalam menghasut umat melayu Islam agar membenci dan memburukkan pemerintah, terlalu banyak Masjid dan Surau kini akibat dijadikan tempat untuk berceramah menggunakan ayat CONTOH semakin ramai lah orang yang akan sesat dan semakin ramai yang berpecah belah dan semakin ramai lah umat yang tidak ke Masjid dan Surau kerana lebih selesa dan kusyuk bersembahyang di rumah saja bersama - sama keluarga.

Maka nasihat teman kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau berhati - hati lah dengan Setan kurus kering ini yang sentiasa dahagakan untuk melaga - laga kan umat dan yang cukup dahagakan dan tak tolak duit upahan untuk berceramah. siasat latar belakang guru agama yang hendak dijemput, ingat lah sekiranya Masjid dan Surau kita ramai jemaah yang datang Alhamdulillah itu adalah atas keperihatinan kita terhadap tuntutan Islam dan sekiranya setakat sekerat dua yang berjemaah saudara tanggung lah dosa nya kelak, kerana itu adalah penyelewengan tanggungjawab yang saudara laksanakan sebagai agen setan kurus.

Ahad, 25 April 2010

PAKATAN PEMBANGKANG DILAKNATI DI HULU SELANGOR



24,997 angka keramat bagi BN di PRK Hulu Selangor manakala 23, 272 angka laknat bagi Pakatan Pembangkang. Ironinya kemenangan BN di Negeri pembangkang.

BN memenangi secara bersih kempen yang dijalankan tanpa perlu mengaibkan calon lawan walaupun terlalu banyak isu - isu peribadi Dato Zaid Ibrahim yang boleh dilondehkan berbanding cara kempen kotor pembangkang yang bertubi - tubi menggunakan pendekatan yang mereka gunakan seperti di PRK DUN Permatang Pasir tempohari terhadap calon BN P. Kamalanthan dengan menyerang peribadi dan fitnah senjata utama mereka.

Dengan majoriti 1,725 yang jauh jarak berbanding semasa PRU 12, majoriti 198 yang dimenangi oleh PKR sama sekali membuktikan rakyat sudah kembali kepada BN, TAHNIAH kepada pengundi Hulu Selangor kerana memberi keyakinan kembali terhadap BN dan DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Kepada Pakatan di Selangor, bukti rakyat menolak anda semua, rakyat sudah tidak mempercayai anda semua, rakyat sudah tahu tembelang anda, rakyat sudah jelak dengan politiking yang dicanangkan tak henti - henti, rakyat sudah jemu dengan politik cakap banyak kerja kosong yang anda semua hidangkan selama ini kepada rakyat, rakyat sudah menyampah politik serang peribadi, rakyat sudah muak dengan politik fitnah dan pembohongan.

APA PUN TAHNIAH KEPADA DS NAJIB, TAHNIAH KEPADA P KAMALANATHAN, TAHNIAH KEPADA SELURUH JENTERA BN DAN TAHNIAH KEPADA PENGUNDI - PENGUNDI HULU SELANGOR, INSYAALLAH SINAR AKAN KEMBALI TERANG DI HULU SELANGOR.

HULU SELANGOR UMPAMA SIREH PULANG KE GANGGANG.

SEPERTI BIASA SELEPAS INI TENTU PEMBANGKANG AKAN MENUDUH BERBAGAI - BAGAI TUDUHAN TERHADAP BN, SPR DAN POLIS SEPERTI, UNDI HANTU, RASUAH, SPR TAK ADIL, POLIS KASAR DAN SEBAGAINYA, SAMA - SAMA KITA KETAWA NANTI.

BERTEMU KITA DI PRK SIBU SARAWAK