MENTERI KEWANGAN 1 DAN MENTERI KEWANGAN 2 PUTRAJAYA: Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober ini adalah belanjawan inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.
Walaupun mengakui penyediaan belanjawan berkenaan sebagai mencabar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata fokus kepada belanjawan itu ialah meningkatkan usaha transformasi ke arah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan mempertahankan kesejahteraan rakyat.
“Kita perlu menyahut cabaran menghasilkan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif dan berani,” katanya pada ucaptama sesi Perundingan Belanjawan 2012 bertemakan ‘Transformasi Bersama Rakyat’ di Kementerian Kewangan, di sini, semalam.
Perbincangan kira-kira tiga jam itu membabitkan pelbagai pihak dari sektor swasta dan awam untuk memberikan input dalam penyediaan belanjawan tahun depan.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010.
Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mentransformasikan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Katanya Rancangan Malaysia Ke-10 pula menggariskan strategi jangka sederhana manakala Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.
Sejak pelancaran ETP pada 25 Oktober tahun lalu, sebanyak 54 projek permulaan (EPP), yang mewakili 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi membabitkan pelaburan RM106.4 bilion sekali gus meningkatkan pendapatan negara kasar kepada RM153.8 bilion dan menyediakan 298,865 peluang pekerjaan.
Sementara itu, pada sidang media, Najib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan program yang akan memberi manfaat kepada rakyat termasuk beberapa projek yang akan dilancarkan bulan depan.
“Apabila kita merasionalisasikan subsidi tidak bermakna kita tidak mengutamakan rakyat, ia mengurangkan perbelanjaan kerajaan jadi kita mempunyai kedudukan fiskal yang lebih kukuh untuk melaksanakan projek pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata, peserta pada sesi perundingan itu faham dengan langkah ekonomi yang dilaksanakan kerajaan termasuk rasionalisasi subsidi yang dilakukan secara berperingkat dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi meminta proses mendidik rakyat ditingkatkan.
“Saya sarankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti FOMCA dan beberapa lagi menerangkan kepada rakyat mengenai kebaikan GST, supaya apabila rakyat faham dan ada penerimaan, masa itulah paling sesuai kita melaksanakannya.
“GST adalah baik kerana ada kemungkinan kita boleh mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu... kerajaan akan melakukan tinjauan (berkaitan penerimaan) dan buat masa ini kita melakukan pendidikan,” katanya.
Beritaharian online bertarikh 11 Mei 2011
Dailog rangka Budget MKI dan MKII didepan rakyat
komen penulis,
Cerita mudah Budget, DS Najib berkerja kuat untuk pastikan Negara dan rakyat terbela dengan berusaha memerah otak siang dan malam, agar budget 2012 secara keseluruhannya dapat diterima oleh majoriti rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana, sebab itu yang paling bagusnya DS Najib melibatkan rakyat yang terdiri dari perlbagai latar belakang turut terlibat memberi pandangan dan cadangan di Putrajaya semalam.
Ingat, 2009 dan 2010 apabila krisis ekonomi melanda dunia terutama US, UK, France, Denmark dan berbagai lagi Negara maju mendapat kesan teruk, Malaysia masih boleh bertahan, maksud bertahan rakyat tidak menghadapi kesusahan seperti krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 1987 dan 1992 banyak perniagaan gulung tikar zaman Anu War Pandikutty jadi Menteri Kewangan, penganguran bersepah, berbanding 2009 hingga kini walaupun berlaku krisis ekonomi dunia, orang kampung dan bandar yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2 tak dihimpit kesusahan, perniagaan tidak gulung tikar kerana rakyat masih boleh berusaha untuk memperolihi pendapatan secara majoriti, tidak dinafikan ada juga minoriti yang dihimpit kesusahan tetapi tidak majoriti.
Ingat, tugas PM juga umpama "business man" juga, bukan hanya duduk di kerusi empuk, beliau kena mencari pelabur, apabila ada pelabur ada lah Kilang, adalah pekerjaan, adalah cukai korporat, adalah pendapatan negara. bukan macam kerajaan DAPig di Pulau Pinang, pergi Korea bawa rombongan tapi kosong dan omong kosong, puas makan angin saja habis duit rakyat, DS Najib juga yang tarik pelabur hantar ke Pulau Pinang.
Ingat, apabila bencana alam yang besar berlaku di negara - negara lain seperti US, Jepun, Indonesia dan sebagainya maka berlakulah krisis ekonomi seperti harga minyak naik akibat permintaan yang luar biasa dari negara yang hadapi bencana, krisis Makanan akan berlaku seperti krisis minyak juga akibat permintaan luar biasa dan Negara pengeluar makanan terlibat dengan bencana juga akhirnya pengeluaran kurang permintaan banyak, ini memberi kesan kepada Malaysia dan negara - negara lain, DS Najib kena bijak mencari jalan penyelesaian untuk elak rakyat hadapi masalah dan Kerajaan tanggung subsidi yang besar, akhirnya DS Najib berjaya hadapi krisis tersebut, rakyat sejahtera.
Ingat, apabila berlaku peperangan di negara Teluk yang bersambung arus, maka pengeluaran minyak berkurangan untuk menampung permintaan yang semakin tinggi, maka permintaan negara-negara lain makin tinggi akibat itu harga minyak akan melambung tinggi tanpa OIC dapat mengawal, kesannya pada semua negara, TETAPI Malaysia bertuah kerana minyak RON95 minyak yang diguna oleh rakyat di kampung, dibandar yang kerja petani, peladang, penternak, nelayan, kilang, buruh, kerja kerajaan, kerja swasta diberi subsidi dan dikawal oleh Kerajaan, yang naik harga minyak RON97 yang mengikut harga semasa dunia, kita tak pakai minyak tu pun, minyak itu untuk orang kaya dan rakyat luar seperti Thailand dan Singapura, jadi usah kelam kabut dengan fitnah pembangkang, mereka pun sama macam kita pakai RON95, bising macam anjing sebab politik nak perintah negara.
Ingat, Cukai GST adalah cukai yang dikenakan kan paling minima hanya 4% banding cukai yang dikenakan pada kita selama ini, sekarang kita dikenakan sedar tak sedar cukai yang lebih tinggi yang kita bayar banding dengan apabila GST diamal kelak, tapi kita gabra bila dengar fitnah pembangkang kita yang tak tahu biji buah terus melenting. DS Najib tetap bersabar malah mengarahkan NGO seperti FOMCA bantu menjelaskan pada rakyat iaitu pengguna, apabila rakyat faham baru GST dilaksanakan, maknanya DS Najib terbuka menerima pandangan rakyat.
Ingat, kenaikan harga Gula bukan dibawah kawalan kerajaan, malah kerajaan tahu ini bukan tindakan popular, tetapi atas desakan pasaran luar negara gula terpaksa di naikkan, 1) subsidi dapat dikurangkan ini mengurangkan bebanan kerajaan malah didikan untuk rakyat agar tidak bergantung kepada subsidi, 2) sementelah Gula adalah pembawa penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi maka kenaikan harga gula juga dapat mengurangkan sengsara rakyat dari diidapi penyakit yang boleh membawa maut, di rumah teman hanya guna kurang 1 kilo gula sebulan. sebab itu kerajaan mengambil risiko untuk menaikkan harga gula.
Ingat, Kerajaan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantang pun tak dapat mengawal kenaikan harga air di empat buah negeri ini, pengguna yang jadi mangsa, seperti takrif Air, air adalah sumber percuma kurniaan Allah S.W.T , air adalah kuasa Kerajaan Negeri, tetapi pembangkang tutupkan mata rakyat cuma bijak tunding jari kepada Kerajaan Persekutuan.
Ingatlah, kita sendiri pun perlu melakukan budget untuk keluarga sendiri, berapa pendapatan itu lah budget yg kita rancang, sebarang belanja tentunya kita sukat baju di badan sendiri, dalam masa sama kita berusaha melakukan lain - lain aktiviti ekonomi untuk tambahan pendapatan agar budget keluarga boleh dipenuhi disamping kita dapat menabung untuk masa depan. begitu juga mentadbir sebuah kerajaan.
Ingat, DS Najib pernah berkata berkali - kali, SIKAP KERAJAAN TAHU SEMUA SUDAH BERAKHIR, ini bukti Budget dirangka dihadapan rakyat di Putrajaya.