DS Mohd Najib hari ini telah mula melontar beberapa pendekatan dan strategi baru bagi memperkukuhkan lagi sektor perkhidmatan kakitangan awam, beliau meneruskan kesinambungan usaha - usaha berterusan yang dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Beberapa strategi seperti membuka pintu kepada golongan muda profesional yang berpotensi menjawat jawatan ke dalam sektor kerajaan, membuat pertukaran antara Pegawai Kerajaan dan GLC dan menghantar Pegawai Kerajaan berkursus di Universiti terkemuka dunia di luar negara.
Usaha yang mendapat sambutan daripada Pegawai kerajaan dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan bagi menuju kearah Wawasan 2020 dan 1 Malaysia, kepakaran yang terhad dapat diperkembangkan dan dipelbagaikan dan ini akan menjana modal insan yang berkualiti dalam membangunkan negara secara berterusan dalam menghadapi keterbukaan dunia masa kini dan masa akan datang selari dengan cita - cita Perdana Menteri Rakyat didahulukan prestasi diutamakan mencapai matlamat.
Terlintas di fikiran penulis bahawa sejak Perdana Menteri yang pertama hingga kepada Perdana Menteri ke 6 segala usaha yang berterusan dilakukan terhadap kakitangan awam dalam semua sudut diteliti dan di lakukan penambah baik kan, kakitangan awam menikmati berbagai keistimewaan, kebajikan, kedudukan, pendidikan, pendapatan, keselesaan, kekeluargaan yang semenangnya diketahui oleh rakyat bahawa kakitangan sentiasa diberi keutamaan oleh pemerintah berbanding kakitangan swasta, petani, peniaga, nelayan, usahawan dan sebagainya yang rata - rata majoritinya menyokong dan bekerjasama membantu usaha kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional, dalam keadaan ini dimana pendirian penjawat awam? adakah mereka ini setia kepada kerajaan?, adakah mereka penyokong kuat kerajaan? adakah mereka bersama mempertahan kan kerajaan? kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan mereka, kerajaan yang sentiasa mengutamakan mereka berbanding dengan golongan lain, jika mereka menyokong patutkah beberapa Negeri tumbang ke tangan pembangkang semasa PRU12 lalu yang lansung tidak pernah berjasa terhadap mereka malah mencaci dengan berbagai gelaran seperti anjing kerajaan, tali barut kerajaan, balachi kerajaan dan sebagainya.
Penulis kadang kala merasa simpati kepada Kerajaan Barisan Nasional, dalam menyuap makanan kedalam mulut rakyat, kakitangan kerajaan lah yang terbanyak sekali disuapkan makanan yang lazat - lazat kemulut mereka, tetapi tak melampau sekiranya penulis mengandaikan bahawa kakitangan kerajaan jugalah yang mengigit tangan yang menyuap makan dimulut mereka, sedangkan golongan lain hanya disuap ala kadar hidangannya walhal jika hendak disukat pengorbanan, sumbangan golongan ini dibandingkan dengan setiap individu penjawat awam tidak terhitung. terlalu banyak keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah kepada penjawatan awam, Pinjaman rumah dan kenderaan yang terendah bayaran balik dan jumlah pinjaman yang tinggi, Bonus, berbagai - bagai tuntutan, berbagai kenaikan, berbagai elaun, berbagai peluang melanjutkan pelajaran dan berbagai lagi tak tersebut disini, semua nya diperolihi yang tak akan dapat dikecapi oleh golongan lain.
Maka seharusnya lah setiap individu penjawat awam muhasabah diri, mengenangkan kembali jasa bakti pemerintah, bersyukur diatas limpahan nikmat yang berlimpah ruah, perlu diingatkan bahawa "tangan memberi lebih mulia dari tangan menerima" dan ingatlah seruan kalam "taat lah kamu kepada ulil amri iaitu pemerintah selagi ia tidak memerangi kamu dan menyeru kejalan maksiat" maka wajib kamu taati nya, tidakkah selari dengan apa yang diseru dengan apa nikmat yang diperolihi, jika itu lah di jadikan sempadannya di manakah kita patut pijak berdiri, dimanakah patut kita menjunjung.
Penulis berkesempatan ke beberapa buah negara seperti Afrika, pegawai Kerajaan nya masih mengunakan motosikal dan berjalan kaki ke pejabat, di China berjuta - juta mengunakan basikal ke pejabat, di Mozambique pegawai kerajaan menaiki motosikal manakala di mauritius Pegawai nya masih menaiki motosikal ke pejabat, di Filipina pegawai kerajaan menaiki Tonto atau bas pickup berbanding pegawai kerajaan di Malaysia, Tukang kebun, Pembantu Pejabat dan Driver pun berkereta baru, berumah batu, cukup jauh jarak perbezaan keselesaan nya dengan negara - negara tersebut dan banyak lagi negara - negara lain yang setaraf dengan Malaysia.
Bagi penulis kerajaan yang baik ini harus kita sokong dan pertahan kan kerana terbukti ianya terbaik berbanding dengan omong - omong kosong pembangkang tak menjaminkan kita akan memperolihi sebuah kerajaan yang lebih baik, dan akhinya 'yang dikejar tak dapat yang di jinjing berciciran' maka tepuk lah dada tanya lah selera.